Skip to content
Home » Bateri Kereta Dicuri – Layakkah Anda Untuk Claim Insurans?

Bateri Kereta Dicuri – Layakkah Anda Untuk Claim Insurans?

    bateri kereta dicuri

    Pernah tak terfikir, kalau bateri kereta anda hilang akibat dicuri, bolehkah anda membuat tuntutan insurans bagi menampung kerugian yang dialami? Ya, bateri kereta untuk sesetengah model kenderaan mungkin agak mahal harganya, jadi kerugian yang dialami mungkin agak besar. Untuk itu, mungkin ada yang berhasrat untuk claim sahaja insurans kereta apabila berada dalam situasi tersebut.

    Justeru, bagi mengetahui persoalan sama ada anda boleh claim insurans atau tidak bagi kes kecurian bateri kereta, jom teruskan membaca perkongsian ini. 

    Kenapa bateri kereta dicuri?

    Sebelum ketahui dengan lebih lanjut sama ada anda boleh claim atau tidak untuk kes kecurian bateri kereta, apa kata kami kongsikan dahulu kepada anda mengapa bateri kereta sanggup dicuri sesetengah penjenayah?

    Sebenarnya, jawapan kepada persoalan itu mudah sahaja. 

    Selagi mereka boleh membuka hud kereta, bateri kereta agak mudah untuk ditanggalkan oleh pencuri dan kemudian dijual. Itulah sebabnya bateri kereta menjadi sasaran penjenayah kerana ia merupakan antara komponen kereta paling mudah untuk dicuri. Masa yang diambil juga sekejap sahaja! Selepas berjaya dicuri, mereka bolehlah menjualnya dan dapatkan ‘keuntungan’.

    Adakah syarikat insurans cover kecurian bateri kereta?

    Jawapan ringkasnya adalah ya. Jika anda memiliki perlindungan insurans kereta 1st party, syarikat insurans anda mungkin akan melindungi kehilangan bateri kereta anda akibat dicuri dan juga kerosakan lain pada kenderaan. 

    Sebaliknya jika anda tidak memiliki perlindungan komprehensif, anda mungkin terpaksa menggantikan sendiri bateri yang telah hilang dan juga membayar kerosakan yang dialami pada kenderaan anda akibat daripada kejadian itu menggunakan wang poket anda sendiri.

    Apa yang perlu anda buat selepas bateri kereta dicuri?

    Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membuat laporan polis. Meskipun anda mungkin tidak dapat mendapatkan semula bateri kereta anda itu, tetapi dengan melaporkan kejadian tersebut, ia setidak-tidaknya membolehkan pihak polis mengawasi kawasan anda itu, terutamanya jika kecurian seperti itu semakin kerap.

    Perlukah anda failkan tuntutan insurans untuk kes kehilangan bateri kereta akibat dicuri?

    Jika jumlah deductible dalam polisi komprehensif anda adalah lebih tinggi daripada kos untuk menggantikan bateri, maka secara amnya mungkin tidak berbaloi untuk anda failkan tuntutan insurans. Ini kerana sebaik sahaja tuntutan dibuat, ia akan turut mempengaruhi kadar NCD insurans kereta semasa anda, dan seterusnya akan membuatkan premium insurans kereta anda kembali mahal di tahun berikutnya.

    Namun, jika hud kereta anda turut rosak teruk seperti kemek dan calar akibat perbuatan pencuri, maka anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk claim insurans anda.

    Namun sebelum ingin membuat tuntutan, anda digalakkan untuk menentukan dahulu kos bateri baharu dan dapatkan quotation untuk sebarang pembaikan lain. Bandingkan jumlah tersebut dengan deductible insurans kereta anda untuk memutuskan sama ada berbaloi memfailkan tuntutan insurans.

    Cara lindungi bateri kereta daripada dicuri

    Kos untuk sebuah bateri kereta mungkin agak tinggi untuk sesetengah individu dan kenderaan. Jadi, berikut dikongsikan beberapa tips untuk mengelakkan bateri kereta anda daripada mudah dicuri oleh penjenayah:

    • Beli kotak kunci bateri: Memasang kotak kunci bateri mungkin tidak akan menghalang pencuri daripada membuka hud kereta anda, tetapi ia sekurang-kurangnya akan membuatkan mereka perlu bekerja lebih keras untuk mengeluarkan bateri.
    • Gunakan penggera: Letakkan penggera di bawah hud supaya ia berbunyi apabila seseorang membukanya. Mudah-mudahan, bunyi penggera itu cukup untuk mengelakkan kecurian bateri.
    • Parkirkan kenderaan di tempat yang selamat – Letak kereta anda di tempat yang menyukarkan penjenayah untuk membuat kerja mereka.
    • Pasang kamera keselamatan: Kamera keselamatan boleh membantu mencegah kecurian bateri kereta anda.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: