“Confuse juga nak pilih dan renew insurans kereta. Kalau ada contoh insurans kereta yang sediakan tawaran paling menarik dan lengkap kan best!”
Jom kami bantu anda!
Pembaharuan insurans kereta memang perlu dilakukan pada setiap tahun bagi membolehkan kenderaan dilindungi setiap masa baik ketika sedang memandu atau tidak. Bagaimanapun, anda tidak bolehlah membeli insurans ala kadar sahaja ibarat asalkan ‘ada insurans dan murah’.
Sebenarnya, anda sebagai pemilik kenderaan amat digalakkan untuk membeli insurans kereta dengan pelan komprehensif yang menawarkan perlindungan lebih menyeluruh. Barulah anda dan kereta rasa lebih selamat!
Jadi, jom kami bantu anda dengan memberikan contoh insurans kereta yang menawarkan perlindungan komprehensif terbaik agar anda rasa lebih mudah ketika ingin renew insurans nanti.
Apa itu insurans komprehensif?
Sebelum kami berikan contoh insurans kereta yang ada, ayuh fahami dahulu apakah itu pelan insurans komprehensif.
Insurans komprehensif atau lebih sering disebut sebagai insurans kereta 1st party merupakan satu jenis polisi insurans kereta yang menawarkan perlindungan paling menyeluruh iaitu kepada kenderaan pemegang polisi dan juga pihak ketiga.
Selain melindungi kerosakan kenderaan akibat kemalangan yang berpunca daripada diri sendiri, polisi ini juga akan memberi perlindungan kepada pelbagai situasi lain termasuklah kecurian dan kebakaran kenderaan yang tidak disengajakan.
Apa yang lebih menarik, menerusi pembeli insurans komprehensif, anda juga diberi kelayakan oleh pihak syarikat insurans untuk membeli perlindungan tambahan lain termasuklah perlindungan kereta untuk bencana alam, cermin kereta, kemalangan peribadi dan lain-lain. Jadi, lebih banyak perlindungan anda miliki, lebih baik untuk kenderaan anda!
Contoh insurans kereta
Ayuh lihat contoh insurans kereta yang menawarkan pelan komprehensif terbaik!
Insurans kereta komprehensif Allianz
Apa yang ditawarkan dalam insurans kereta Allianz (perlindungan asas dalam polisi komprehensif)?
- Percuma khidmat tunda kecemasan 24-jam sehingga jarak 150km
- Percuma untuk 1 pemandu tambahan
- Percuma 24-jam bantuan tuntutan
- Bantuan khidmat tunda Allianz untuk ke bengkel dan juga balai polis bagi membuat laporan
- Baucar e-hailing untuk anda pulang ke rumah dengan selamat selepas kenderaan rosak akibat kemalangan
- Penghantaran kereta ke rumah selepas kereta siap dibaiki di bengkel panel
Perlindungan/ manfaat tambahan yang disediakan (boleh dibeli dengan tambahan premium)
- Kerosakan cermin
- Perlindungan liabiliti penumpang
- Peril khas seperti banjir, taufan, hurikan, ribut, ribut kencang, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, penurunan atau penenggelaman tanah ataupun malapetaka alam
yang lain - Mogok, kekecohan dan perhimpunan awam.
Insurans kereta komprehensif Pacific & Orient
Apa yang ditawarkan dalam insurans kereta Pacific & Orient (perlindungan asas dalam polisi komprehensif)?
- Percuma khidmat tunda 24 jam sebanyak RM350
- Percuma bantuan tepi jalan 24 jam
- Percuma penukaran atau jumpstart bateri kereta
- Percuma penukaran tayar pancit
- Percuma penambahan minyak tangki kosong
- Percuma 1 pemandu tambahan
- Percuma bantuan tuntutan 24 jam
- Perlindungan sehingga RM3 juta untuk kehilangan atau kerosakan harta benda pihak ketiga
- Perlindungan sehingga maksimum RM2,000 untuk kos undang-undang pemegang polisi.
Perlindungan/ manfaat tambahan yang disediakan (boleh dibeli dengan tambahan premium)
- Cermin kereta
- Perlindungan liabiliti penumpang
- Peril khas (banjir dan tanah runtuh)
Insurans kereta komprehensif RHB
Apa yang ditawarkan dalam insurans kereta RHB (perlindungan asas dalam polisi komprehensif)?
- Percuma khidmat tunda 24 jam sebanyak RM300
- Percuma bantuan tepi jalan 24 jam
- Percuma penukaran atau jumpstart bateri
- Percuma penambahan minyak tangki kosong
- Percuma penukaran tayar pancit
- Percuma 1 pemandu tambahan
- Percuma bantuan tuntutan 24 jam
- Rebat 10% untuk pembaruan insurans kereta di tahun berikutnya
Perlindungan/ manfaat tambahan yang disediakan (boleh dibeli dengan tambahan premium)
- Kemalangan peribadi
- Cermin kereta
- Peril khas (banjir, ribut, kilat, tanah runtuh, gempa bumi dan lain-lain)
- Cat semula seluruh badan kereta untuk tuntutan kerosakan sendiri
- Pemandu tambahan
- E-hailing
- Aksesori kereta
- Perlindungan liabiliti penumpang
Insurans kereta komprehensif Liberty
Apa yang ditawarkan dalam insurans kereta Liberty (perlindungan asas dalam polisi komprehensif)?
- Percuma khidmat tunda kecemasan 24-jam sehingga jarak 150km
- Percuma 24-jam bantuan tepi jalan
- Percuma penukaran atau jumpstart bateri
- Percuma penambahan minyak tangki kosong
- Percuma penukaran tayar pancit
- Percuma 1 pemandu tambahan
- Percuma 24-jam bantuan tuntutan
- Percuma perlindungan kemalangan peribadi bagi pemilik (sebanyak RM10,000)
- Percuma pampasan kos perubatan bagi pemilik (sebanyak RM1,500)
- Percuma penggantian kunci
- Percuma penggantian kerusi kanak-kanak
Perlindungan/ manfaat tambahan yang disediakan (boleh dibeli dengan tambahan premium)
- Kemalangan peribadi
- Kos perubatan
- Manfaat yuran hospital
- Pemulangan wang untuk rawatan fisioterapi
- Elaun untuk kereta kecurian kereta/ total loss
- Kerosakan cermin
- Perlindungan liabiliti penumpang
- Peril khas
- Pemandu tambahan
- Pampasan untuk Taksiran Masa Pembaikan (CART)
- Pengecualian ekses wajib bagi pemandu yang tidak dinamakan
Insurans kereta komprehensif Lonpac
Apa yang ditawarkan dalam insurans kereta Lonpac (perlindungan asas dalam polisi komprehensif)?
- Khidmat tunda Percuma 24 jam sehingga RM200
- Percuma perlindungan semua pemandu
- Percuma 24 jam bantuan tuntutan
- Pengecualian ekses wajib
Perlindungan/ manfaat tambahan yang disediakan (boleh dibeli dengan tambahan premium)
- Cermin kereta
- Pampasan untuk Taksiran Masa Pembaikan (CART)
- Perlindungan liabiliti penumpang
- E-hailing
- Penggantian kunci kereta
- Cucian kereta akibat banjir atau kecurian
- Kemalangan peribadi
Insurans kereta komprehensif MSIG
Apa yang ditawarkan dalam insurans kereta MSIG (perlindungan asas dalam polisi komprehensif)?
- Percuma khidmat tunda 24 jam sehingga RM300
- Percuma 1 pemandu tambahan
- Percuma 24 jam bantuan tepi jalan
- Percuma 24 jam bantuan tuntutan
Perlindungan/ manfaat tambahan yang disediakan (boleh dibeli dengan tambahan premium)
- Kemalangan peribadi
- Pengecualian ekses wajib
- Pengecualian kos penambahbaikan
- Pampasan untuk Taksiran Masa Pembaikan (CART)
- Peril khas
- Perlindungan kunci pintar
Insurans kereta komprehensif Tokio Marine
Apa yang ditawarkan dalam insurans kereta Tokio Marine (perlindungan asas dalam polisi komprehensif)?
- Percuma khidmat tunda 24 jam sehingga RM250
- Percuma 1 pemandu tambahan
- Percuma 24 jam bantuan tepi jalan
- Percuma 24 jam bantuan tuntutan
Perlindungan/ manfaat tambahan yang disediakan (boleh dibeli dengan tambahan premium)
- Pengecualian kos penambahbaikan
- Pengecualian ekses wajib untuk pemandu tidak dinamakan
- Kerosakan cermin depan
- Liabiliti dari segi Undang-undang terhadap Penumpang
- Liabiliti Penumpang Di Sisi Undang-undang atas kecuaian
- Bencana Khas – banjir, ribut, tanah runtuh, perlindungan penurunan atau gelinciran tanah
- Mogok, Rusuhan dan Kekecohan Awam
- Pampasan “Diskaun Tanpa Tuntutan” Tahun Semasa
- Pampasan untuk Tempoh Pembaikan yang Dianggarkan (CART)
- Endorsmen Kereta Sewa Persendirian (E-hailing) (Bukan-Tarif)
Insurans kereta komprehensif Great Eastern
Apa yang ditawarkan dalam insurans kereta Great Eastern (perlindungan asas dalam polisi komprehensif)?
- Percuma khidmat tunda 24 jam sehingga RM300
- Percuma 1 pemandu tambahan
- Percuma 24 jam bantuan tepi jalan
- Percuma 24 jam bantuan tuntutan
Perlindungan/ manfaat tambahan yang disediakan (boleh dibeli dengan tambahan premium)
- Cermin kereta
- Perlindungan liabiliti penumpang
- Liabiliti Penumpang Di Sisi Undang-undang atas kecuaian
- Kehilangan atau kerosakan aksesori kereta
- Mogok, Rusuhan dan Kekecohan Awam
- Pampasan untuk Tempoh Pembaikan yang Dianggarkan (CART)
- Peril khas
- Pengecualian ekses wajib untuk pemandu tidak dinamakan
Insurans kereta komprehensif Tune Protect
Apa yang ditawarkan dalam insurans kereta Tune Protect (perlindungan asas dalam polisi komprehensif)?
- Percuma khidmat tunda 24 jam sehingga RM300/200km
- Percuma 1 pemandu tambahan
- Percuma 24 jam bantuan tepi jalan
- Percuma 24 jam bantuan tuntutan
Perlindungan/ manfaat tambahan yang disediakan (boleh dibeli dengan tambahan premium)
- Cermin kereta
- Perlindungan liabiliti penumpang
- Peril khas
Insurans kereta komprehensif Chubb
Apa yang ditawarkan dalam insurans kereta Chubb (perlindungan asas dalam polisi komprehensif)?
- Percuma khidmat tunda 24 jam sehingga RM300/ 200km
- Percuma 1 pemandu tambahan
- Percuma 24 jam bantuan tepi jalan
- Percuma 24 jam bantuan tuntutan
Perlindungan/ manfaat tambahan yang disediakan (boleh dibeli dengan tambahan premium)
- Cermin kereta
- Perlindungan liabiliti penumpang
- Mogok, Rusuhan dan Kekecohan Awam
- Pampasan untuk Tempoh Pembaikan yang Dianggarkan (CART)
- Peril khas
- Ekses sukarela
- Pemandu tambahan
Insurans kereta komprehensif Pacific
Apa yang ditawarkan dalam insurans kereta Pacific (perlindungan asas dalam polisi komprehensif)?
- Percuma khidmat tunda 24 jam sehingga RM300/ 50km
- Percuma 1 pemandu tambahan
- Percuma 24 jam bantuan tepi jalan
- Percuma 24 jam bantuan tuntutan
Perlindungan/ manfaat tambahan yang disediakan (boleh dibeli dengan tambahan premium)
- Cermin kereta
- Perlindungan liabiliti penumpang
- Pengecualian kos penambahbaikan
- Peril khas
- Pemandu tambahan
Nota: Semua manfaat untuk contoh insurans kereta di atas adalah bagi kereta untuk kegunaan persendirian sahaja
Selain di laman web rasmi syarikat-syarikat insurans di atas, anda juga boleh dapatkan insurans yang disenaraikan tadi menerusi platform insurans kereta terbesar, Bjak. Lebih mudah untuk anda bandingkan sekaligus dalam satu masa dan seterusnya berpeluang mendapatkan penjimatan sehingga RM480!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: