Memperbaharui insurans kereta setiap 6 bulan adalah suatu amalan yang bijak bagi memastikan perlindungan kenderaan anda sentiasa terkini. Dengan bantuan teknologi moden, proses ini telah menjadi lebih mudah dan pantas.
Manakan tidak, orang ramai yang ingin memperbaharui insurans atau cukai jalan sudah tidak perlu keluar daripada rumah untuk menyelesaikan urusan tersebut. Sebaliknya, perkara itu boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua dengan menggunakan telefon bimbit atau komputer riba.
Umum mengetahui bahawa urusan pembaharuan cukai jalan kenderaan ini lazimnya dibuat untuk tempoh setahun. Namun dalam artikel ini, kita akan memfokuskan berkenaan cara nak membuat pembaharuan cukai jalan hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja. Untuk mengetahuinya, teruskan membaca artikel ini.
Cara-cara perbaharui untuk tempoh 6 bulan
Langkah 1: Semak tarikh tamat cukai jalan lama
Sebelum memulakan proses pembaharuan, pastikan untuk menyemak tarikh tamat cukai jalan lama anda. Ini penting untuk mengelakkan sebarang penalti atau gangguan dalam penggunaan kenderaan anda.
Langkah 2: Kumpul dokumen diperlukan
Pastikan anda mempunyai dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, sijil pendaftaran kenderaan, dan salinan polisi insurans. Keperluan dokumen ini mungkin berbeza bergantung kepada kaedah pembaharuan yang anda pilih.
Langkah 3: pilih kaedah pembaharuan
Terdapat beberapa kaedah untuk memperbaharui cukai jalan, antaranya adalah melalui kaunter JPJ, portal atas talian, atau aplikasi mudah alih. Pilih kaedah yang paling sesuai dengan keselesaan dan keperluan anda.
Langkah 4: Melalui kaunter JPJ
Jika anda memilih melalui kaunter JPJ, hadirkan diri anda ke pejabat JPJ yang berdekatan. Bawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan, lengkap dengan borang yang diisi dengan betul.
Langkah 5: Melalui portal atas talian JPJ
Jika memilih pembaharuan atas talian, layari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Daftar masuk ke akaun anda atau daftar sebagai pengguna baru untuk memulakan proses pembaharuan.
Langkah 6: Masukkan butiran kenderaan
Di dalam portal atau aplikasi, masukkan butiran kenderaan anda seperti nombor pendaftaran dan maklumat pemilik. Pastikan maklumat adalah tepat dan terkini.
Langkah 7: Pilih tempoh tembaharuan 6 bulan
Semasa mengisi borang atau menggunakan portal, pilih tempoh pembaharuan selama 6 bulan jika ini adalah pilihan anda. Ini memberikan fleksibiliti kepada anda untuk menyesuaikan tempoh perlindungan kenderaan anda.
Langkah 8: Lakukan pembayaran
Pilih kaedah pembayaran yang disediakan dan ikut langkah-langkah untuk menyelesaikan pembayaran. Pastikan maklumat pembayaran anda adalah tepat.
Langkah 9: Simpan bukti pembayaran
Selepas pembayaran berjaya, simpan salinan pengesahan pembayaran sebagai bukti. Anda boleh mencetaknya atau menyimpan salinan digitalnya.
Kelebihan pembaharuan setiap 6 bulan
- Fleksibili pembayaran
Pembaharuan setiap 6 bulan memberikan fleksibiliti kewangan dan sesuai untuk mereka yang ingin menguruskan bajet perbelanjaan secara lebih berkesan.
2. Penjimatan kos
Pilihan pembaharuan setiap 6 bulan dapat membantu pemilik kenderaan mengelakkan pembayaran yang besar sekaligus, memberikan penjimatan kos yang lebih seimbang.
3. Penyesuai tempoh perlindungan
Dengan pembaharuan setiap 6 bulan, anda dapat menyesuaikan tempoh perlindungan mengikut perubahan keadaan kenderaan atau keperluan peribadi anda.\
Renew insurans dan roadtax anda!
Insurans kenderaan perlu diperbaharui bagi mendapatkan roadtax. Roadtax pula diperlukan supaya kereta anda dapat digunakan secara sah di atas jalan raya.
Jika anda kekurangan bajet namun tiada pilihan untuk renew insuran 6 bulan dan terpaksa perbaharuinya bagi tempoh 1 tahun, jadi pilihlah pelan insurans yang paling dekat dengan bajet anda. Kemudian, bolehlah anda renew roadtax untuk tempoh 6 bulan pula.
Nak lagi mudah dan kurangkan kerungsingan anda, anda juga boleh gunakan Buy Now Pay Later di Bjak. Bayar sahaja secara 3 kali ansuran tanpa perlu bimbang dikenakan sebarang caj faedah. Perlindungan untuk kereta dapat, anda juga boleh jimat!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: