Skip to content
Home » Cara Nak Kongsi & Tengok Cukai Jalan Melalui Aplikasi MyJPJ

Cara Nak Kongsi & Tengok Cukai Jalan Melalui Aplikasi MyJPJ

    tengok cukai jalan - cover

    Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook pada baru-baru ini mengumumkan bahawa rakyat Malaysia boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka dengan hanya menggunakan aplikasi MyJPJ sahaja. Susulan daripada berita itu, beliau turut menyebut bahawa aplikasi itu juga akan membolehkan pemilik kenderaan berkongsi cukai jalan mereka dengan rakan serta ahli keluarga mereka melalui Konsgi e-LKM. Mari kami terangkan berkenaan cara nak kongsi dan tengok cukai jalan digital menggunakan aplikasi mudah alih MyJPJ dalam artikel ini.

    Langkah yang perlu dilakukan oleh pengirim

    Kongsi cukai jalan kenderaan anda secara digital melalui aplikasi MyJPJ dengan mengikuti langkah-langkah di bawah. Tetapi pertama sekali, sila pastikan bahawa anda telah memuat turun aplikasi ini di dalam peranti anda dan daftar akaun anda.

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mendaftar akaun dan cara nak semak cukai jalan digital anda, sila lihat blog kami untuk mendapatkan panduan langkah demi langkah bersama dengan ilustrasi.

    Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia via Facebook

    Langkah 1: Buka aplikasi MyJPJ anda dan klik pada ikon ‘Profil’ di bahagian bawah halaman.

    Langkah 2: Klik pada tab “Roadtax” dan pilih nombor pendaftaran kenderaan (jika anda mempunyai lebih daripada satu kenderaan).

    Langkah 3: Selepas memilih kenderaan, klik pada butang “Kongsi LKM” yang tertera di bawah.

    Langkah 4: Klik simbol “+” untuk berkongsi cukai jalan MyJPJ anda dengan penerima baharu. Jika anda pernah berkongsi cukai jalan sebelum ini, butiran penerima semasa anda akan dipaparkan di sini.

    Langkah 5: Tambahkan nombor kad pengenalan penerima dan pilih tempoh perkongsian sebelum anda hantar.

    Langkah 6: Sahkan butiran dan klik “Ya” untuk meneruskan.

    Langkah 7: Anda kemudiannya akan diberikan kod keselamatan, yang mesti anda kongsi dengan penerima untuk mengaktifkan perkongsian cukai jalan digital.

    Langkah-langkah yang perlu diikuti oleh penerima

    Jika anda adalah penerima e-LKM, anda juga mesti memastikan aplikasi MyJPJ telah dipasang pada peranti anda dan anda telah mendaftar untuk akaun.

    Ikuti langkah di bawah untuk melihat cukai jalan digital yang telah dikongsi dengan anda.

    Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia via Facebook

    Langkah 1: Buka aplikasi MyJPJ anda dan klik pada ikon ‘Profil’ di bahagian bawah halaman.

    Langkah 2: Klik pada butang “Jana Semula” dan pilih nombor pendaftaran kenderaan.

    Langkah 3: Masukkan kod keselamatan yang telah dikongsi dengan anda dalam masa 24 jam (Kod keselamatan tamat tempoh selama 24 jam).

    Langkah 4: Selepas memasukkan kod keselamatan, perkongsian e-roadtax akan diaktifkan.

    Langkah 5: Anda kini boleh melihat cukai jalan yang telah dikongsi dengan anda. Perkongsian akan aktif untuk tempoh yang ditetapkan oleh pemilik kenderaan atau sehingga dia memutuskan untuk berhenti berkongsi.

    Jangan lupa untuk berkongsi artikel ini dengan rakan dan ahli keluarga anda. “Kongsi e-LKM” baharu sememangnya merupakan ciri hebat yang akan membantu orang ramai berkongsi kenderaan tanpa perlu risau.

    Jika anda tidak lagi mempunyai pelekat cukai jalan yang dipaparkan pada kereta atau motosikal anda, hanya gunakan ciri ini untuk melindungi diri anda apabila melalui sekatan jalan raya.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: