Skip to content
Home » Insurans Kereta: Apa Berlaku Jika Anda Berbohong Kepada Penanggung Insurans Anda

Insurans Kereta: Apa Berlaku Jika Anda Berbohong Kepada Penanggung Insurans Anda

    berbohong ketika membeli insurans

    Insurans kereta boleh dikatakan agak mahal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai orang akan cuba menipu pada borang permohonan mereka untuk mendapatkan harga serendah mungkin. Sesetengah orang elak untuk mengisi beberapa maklumat tentang kereta dan diri mereka sendiri kerana ingin cuba untuk mendapatkan sebut harga insurans kereta yang murah walaupun mereka tidak layak. Hmm…  jangan buat begitu ya!

    Berbohong kepada syarikat insurans boleh membawa anda kepada lebih banyak masalah. Contohnya seperti memberikan maklumat palsu mengenai anda atau kereta, ia juga boleh dianggap sebagai satu bentuk penipuan insurans. Ingat, kejujuran anda adalah sangat penting!

    Mengapa orang berbohong kepada syarikat insurans?

    ingin dapat harga insurans murah

    Terdapat banyak sebab mengapa orang cuba berbohong kepada syarikat insurans. Antaranya adalah untuk:

    1. Menjimatkan wang – Tinggalkan atau berbohong tentang maklumat mereka
    2. Dapatkan lebih banyak wang dalam penyelesaian tuntutan – Berbohong mengenai tuntutan insurans atau melebih-lebihkan kerugian
    3. Dapatkan perlindungan apabila mereka tidak layak – Sesetengah mungkin perlu membayar lebih kerana sejarah kemalangan mereka, jadi mereka berbohong.

    Antara perkara yang biasa dibohongi kepada syarikat insurans

    Berikut ialah beberapa perkara utama yang biasa dibohongi oleh individu kepada syarikat insurans.

    1. Alamat

    Lokasi geografi anda boleh memberi kesan pada premium insurans kereta anda. Sesetengah orang mungkin cuba berbohong mengenai alamat mereka untuk mendapatkan premium yang lebih rendah.

    Contoh: Berbohong tentang alamat tempat tinggal anda (poskod adalah faktor besar dalam menentukan kadar premium insurans)

    2. Penggunaan kenderaan

    Menggunakan kenderaan anda untuk sebarang perkhidmatan lain selain daripada kegunaan peribadi adalah dilarang. Ramai pemilik kenderaan tidak memberitahu syarikat insurans mereka bagi mengelakkan kenaikan pada premium insurans. Penting untuk anda tahu, anda perlu memaklumkan syarikat insurans anda jika menjalankan perkhidmatan e-hailing seperti Grab atau Uber bagi mengelakkan sebarang masalah contohnya dalam tuntutan insurans pada masa akan datang.

    Contoh: Tidak memberitahu syarikat insurans bahawa anda menggunakan kenderaan anda untuk perkhidmatan penghantaran makanan atau e-hailing.

    3. Orang yang memandu kenderaan

    Tidak memberikan maklumat yang tepat mengenai pemandu kenderaan.

    Contohnya: Tidak menyenaraikan siapa yang kerap menggunakan kenderaan, siapa pemandu utama dan alamat pemilik kereta pada permohonan insurans.

    4. Keadaan kenderaan

    Tidak mendedahkan ubah suai baru/ kerosakan sedia ada pada kenderaan.

    Contohnya: Kereta yang diubah suai atau ciri yang dinaik taraf. Kegagalan untuk mendedahkannya boleh mengakibatkan tuntutan insurans ditolak jika ia tidak disertakan dalam polisi anda.

    Akibat berbohong kepada syarikat insurans anda

    Berikut adalah empat akibat jika anda berbohong kepada syarikat insurans anda.

    1. Peningkatan premium

    Syarikat insurans akan mengenakan bayaran premium berdasarkan maklumat yang anda beri. Jika penanggung insurans mengenal pasti terdapat maklumat yang salah di dalam polisi anda, mereka berhak untuk menaikkan premium insurans anda. Ia boleh memberi impak besar pada pembayaran tahunan anda bergantung pada keseriusan pembohongan.

    Jika syarikat insurans mengetahui tentang perkara/ masalah yang tidak didedahkan anda sebelum ini, mereka akan meningkatkan premium anda kerana potensi risiko yang ada pada anda.

    2. Penafian tuntutan

    Penanggung insurans mempunyai hak untuk menolak tuntutan anda jika mereka menganggap anda tidak jujur dan ada melakukan pembohongan.

    Katakan jika anda menyatakan penggunaan kenderaan anda adalah untuk memandu sekali-sekala namun pada hakikatnya, anda mempunyai perjalanan sejauh 60km ke tempat kerja. Jika anda mengalami kemalangan semasa perjalanan, syarikat insurans mungkin menafikan tuntutan anda kerana anda tidak memaklumkan mereka perkara sebenar tentang tabiat memandu harian anda.

    3. Pembatalan polisi

    Penanggung insurans berhak untuk membatalkan polisi anda kerana berbohong dan tidak memberikan maklumat yang tepat. Jika polisi anda dibatalkan, anda mungkin perlu membayar lebih untuk mendapatkan polisi baharu dengan syarikat insurans lain.

    4. Denda dan penalti

    Anda mungkin perlu membayar wang kepada syarikat insurans atau dikenakan denda di bawah peraturan insurans anda. Jika tuntutan telah dibayar dalam keadaan anda berbohong, maka anda boleh dipertanggungjawabkan secara kewangan untuknya. Walau bagaimanapun, amaunnya mungkin berbeza mengikut syarikat insurans.

    Tidak berbaloi untuk melakukan pembohongan kepada syarikat insurans 

    Terdapat cara yang lebih baik untuk menjimatkan wang pada premium insurans kereta daripada berbohong kepada syarikat insurans anda. Sila pastikan anda bersikap jujur ​​semasa ingin membeli insurans kenderaan anda. 

    Jika anda mendapati terdapat sebarang kesalahan maklumat pada polisi anda, segera maklumkan kepada syarikat insurans untuk melakukan pembetulan. Jika anda ingin berjimat untuk premium insurans, kami mengesyorkan anda melakukan tips berikut:

    • Semak insurans sebelum anda membeli kenderaan
    • Banding untuk mendapatkan harga yang terbaik
    • Meningkatkan jumlah voluntary excess
    • Pastikan rekod pemanduan anda baik 

    Untuk lebih memudahkan anda, kami mengesyorkan anda menggunakan laman perbandingan insurans seperti Bjak bagi membandingkan perlindungan, manfaat dan harga insurans untuk sehingga 15 jenama insurans terkemuka. Anda boleh mendapatkan pelan  insurans mengikut keperluan dan bajet anda sepenuhnya secara dalam talian. Layari dahulu Bjak untuk mendapatkan sebut harga insurans kereta percuma.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: