Skip to content
Home » Insurans Kereta Konvensional vs Takaful Kereta

Insurans Kereta Konvensional vs Takaful Kereta

    Perbezaan di antara Takaful dengan insurans kereta

    Selain insurans konvensional, pemilik kenderaan juga mempunyai pilihan untuk memperbaharui insurans kereta mereka melalui takaful. 

    Apa itu perlindungan Takaful?

    Perlindungan takaful insurans kereta merujuk kepada pelan insurans yang memiliki ciri-ciri patuh syariah. Berbanding insurans konvensional, perlindungan takaful bebas daripada unsur yang dilarang oleh Islam iaitu riba’, gharar (ragu-ragu) dan masyir (judi). 

    Takaful diperkenalkan sebagai alternatif kepada insurans konvensional sedia ada untuk pengguna yang beragama Islam. Namun jangan salah faham, ini tidak bermakna hanya orang Islam sahaja boleh mendapatkan perlindungan Takaful, malah ia turut dibuka kepada individu bukan beragama Islam.

    Ciri-ciri Takaful

    Tiga ciri perlindungan Takaful

    Perkongsian risiko

    Risiko ditanggung oleh syarikat insurans termasuk semua pihak di bawah perlindungan takaful.

    Polisi bonus tiada tuntutan

    Jika tiada tuntutan dalam tempoh perlindungan, pemegang polisi layak menerima rebat tunai daripada syarikat takaful (sekurang-kurangnya 10%)

    Patuh syariah

    Mematuhi undang-undang Syariah tanpa transaksi yang meragukan. Perlindungan takaful bebas daripada unsur yang dilarang oleh Islam iaitu riba’, gharar (ragu-ragu) dan masyir (judi).

    Beza antara Takaful kereta dengan Insurans Konvensional

    Takaful kenderaan dikategorikan sebagai produk takaful am. Ia menyediakan perlindungan menyeluruh yang melindungi pemegang polisi dan pihak ketiga daripada kerugian dan kecederaan akibat kemalangan, kecurian mahupun kebakaran. 

    Berikut merupakan perbezaan antara takaful kereta dengan insurans konvensional:

    Perbezaan antara takaful dan insurans konvensional

    Apakah hukum umat Islam menyertai Insurans Konvensional?

    Berdasarkan daripada perbezaan-perbezaan di atas, ia menyatakan bahawa insurans konvensional mempunyai beberapa unsur yang dilarang oleh Islam iaitu unsur riba’, gharar (ragu-ragu) dan juga masyir (judi).

    Bagi umat Islam sendiri, mencari yang halal untuk dimakan atau digunakan adalah wajib dan merupakan suatu perkara yang difardukan oleh Allah.

    Justeru menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK), berdasarkan kepada keputusan mengenai perbahasan tentang status insurans konvensional, ia menyatakan bahawa secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans am, insurans nyawa, serta memperomosikannya juga adalah haram kerana ia mempunyai tiga unsur seperti yang telah dinyatakan di atas.

    Perlindungan manakah patut diambil?

    Kedua-duanya memberikan fungsi yang sama, iaitu untuk menyediakan perlindungan buat kenderaan dari sebarang risiko seperti kemalangan, kecurian atau kebakaran. 

    Namun untuk umat Islam, mereka wajib mengambil perlindungan yang tidak mempunyai unsur diharamkan oleh agama.

    Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan). 

    Pilihan adalah terletak di tangan anda. Anda juga boleh melihat dan memperbaharui insurans kereta mahupun takaful melalui Bjak. Semestinya harga yang terbaik dan kompetitif disediakan untuk anda pilih.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: