Skip to content
Home » Jangan Langgar Peraturan: JSPT Seru Orang Ramai Buat Aduan Kesalahan Jalan Raya

Jangan Langgar Peraturan: JSPT Seru Orang Ramai Buat Aduan Kesalahan Jalan Raya

    Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik menyeru orang ramai membuat aduan kesalahan jalan raya melalui media sosial dan emel

    Dalam arus media sosial hari ini, tindakan melanggar peraturan jalan raya boleh dirakamkan dan dimuat naik dengan mudah ke Facebook, Twitter, TikTok, Instagram dan sebagainya. Dengan peranti teknologi seperti telefon pintar dan dashcam serta kuasa viral di media sosial, pemandu yang memotong barisan dan lain-lain lebih mudah dikesan pihak berkuasa dan diambil tindakan. 

    Seperti yang dikisahkan dalam artikel kami yang lepas, dua orang pemandu telah dikejar polis hingga ke rumah masing-masing akibat memotong barisan di jalan raya. Seorang pemandu yang menyaksikan kejadian tersebut telah mengambil dan memuat naik gambar kedua-kedua kenderaan berkenaan ke Facebook, sekali gus membantu pihak polis mengesan pesalah-pesalah berkenaan. 

    Demi mendisiplinkan pengguna kenderaan dan memastikan jalan raya yang selamat untuk semua pengguna, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalu-alukan orang ramai untuk mengadukan kesalahan lalu lintas kepada JSPT. 

    Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik menyeru orang ramai membuat aduan kesalahan jalan raya melalui media sosial dan emel
    Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menyeru orang ramai membuat aduan kesalahan jalan raya melalui media sosial dan emel

    Hantar aduan melalui gambar atau video ke media sosial rasmi JSPT

    Melalui sebuah hantaran Facebook pada 10 Januari lepas, JSPT memaklumkan bahawa orang ramai digalakkan untuk menyalurkan aduan kesalahan lalu lintas dengan menyertakan gambar atau video kejadian.

    Maklumat boleh disalurkan ke media sosial rasmi JSPT seperti di Facebook Messenger dan emel di protrafik_ba@rmp.gov.my.

    Untuk membuat aduan, sertakan maklumat yang diperlukan seperti berikut:

    1. Jenis aduan
    2. Tarikh
    3. Masa
    4. Tempat (sertakan kilometer jalan sekiranya kejadian berlaku di lebuh raya)
    5. Nombor pendaftaran kenderaan
    6. Gambar atau video kejadian
    7. Nama pengadu

    Maklumat yang diberikan bertujuan membantu pihak JSPT untuk mengambil tindakan terhadap individu yang tidak menghormati peraturan jalan raya.

    JSPT menyiasat aduan secara terperinci mengikut SOP

    Dalam hantaran Facebook yang sama, JSPT menegaskan bahawa pihak mereka sentiasa menjalankan siasatan terperinci terlebih dahulu berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) kerja yang telah ditetapkan, demi menjaga keadilan semua pihak.

    Patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan bersama

    Peraturan jalan raya dikuatkuasakan bukan untuk menakut-nakutkan atau menyaman pengguna. Sebaliknya, peraturan jalan raya dilaksanakan untuk memelihara keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.

    Sebagai contoh, sekiranya anda memandu di lorong kecemasan, tidakkah tindakan anda merisikokan nyawa pengguna jalan raya yang mungkin memerlukan bantuan kecemasan ambulans?

    Oleh itu, jadilah pemandu yang berhemah dan patuhi setiap peraturan jalan raya. Selain memastikan keselamatan bersama, anda juga selamat daripada dikenakan saman.

    Pastikan juga insurans dan road tax kenderaan anda masih hidup. Jika hampir atau sudah tamat tempoh, renew insurans dan road tax di Bjak secara online dalam hanya 5 minit. Pilih daripada 15 syarikat insurans dan nikmati pelbagai manfaat sebagai pelanggan Bjak

    Cabutan bertuah Bjak juga masih berlangsung sehingga 28 Januari ini. Dapatkan sebut harga insurans secara percuma dan renew segera untuk berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM168,888.