Skip to content
Home » Gara-Gara Potong Barisan, Dua Pemandu Dikejar Polis Sampai Ke Rumah!

Gara-Gara Potong Barisan, Dua Pemandu Dikejar Polis Sampai Ke Rumah!

    Akibat Memotong Barisan, Dua Pemandu Dikejar Polis Sampai Ke Rumah!

    Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

    Peribahasa di atas mungkin kena dengan situasi dua orang pemandu yang memotong barisan di kilometer 31.8 Jalan Klang, Teluk Intan di lampu isyarat simpang empat Jeram, hingga dikejar polis sampai ke rumah! 

    Kejadian tersebut berlaku pada 6 Disember lepas kira-kira jam 6.19 petang. Seorang pemandu yang menyaksikan kejadian tersebut telah mengambil dan memuat naik gambar kedua-kedua kereta berkenaan dalam sebuah hantaran yang tular di Facebook.

    Berdasarkan laporan Sinar Harian, pasukan polis telah bertindak mengesan kedua-kedua pemandu di rumah masing-masing setelah mengenal pasti nombor plat kenderaan mereka. Kedua-kedua pemandu telah mengaku bersalah dan dikenakan saman.

    Sebagai peringatan kepada anda, kami kongsikan di sini maklumat tentang kesalahan memotong barisan.

    Saman RM300 menanti pemandu yang memotong barisan

    Untuk pengetahuan anda, memotong barisan merupakan satu daripada tujuh kesalahan utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya

    Mengikut peraturan 6(1)A LN166/59 (Memotong Secara Bahaya/Potong Q), memotong barisan adalah suatu kesalahan lalu lintas dan jika pemandu didapati melakukan kesalahan itu, individu berkenaan boleh dikenakan saman mandatori sebanyak RM300 dengan serta-merta.

    Saman RM300 menanti pemandu yang memotong barisan

    Rancang perjalanan untuk elak traffic jam

    Seperti anda, pemandu lain juga ingin sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat. Tetapi ini bukan alasan untuk anda atau mana-mana pemandu memotong barisan. 

    Untuk mengelakkan anda daripada tersekat dalam jem, anda disarankan untuk merancang perjalanan anda. Berikut dikongsikan tips merancang perjalanan untuk mengelakkan jem:

    Pantau trafik secara online

    Sebelum memulakan perjalanan, anda disarankan untuk memantau keadaan lalu lintas secara online. Sebagai contoh, anda boleh mengikuti Twitter @LLMinfotrafik untuk mendapatkan info trafik terkini bagi semua lebuh raya bertol di Malaysia. 

    Berdasarkan info terkini termasuk kesesakan lalu lintas, kemalangan atau kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya, anda boleh merancang untuk menggunakan laluan alternatif atau memulakan perjalanan ketika trafik reda atau setelah kerja-kerja penyelenggaraan selesai. 

    Pantau trafik secara online

    Gunakan Google Maps atau Waze

    Anda boleh memasukkan destinasi anda dalam aplikasi Google Maps atau Waze. Aplikasi tersebut akan menunjukkan kepada anda sekiranya jalan yang hendak dilalui sesak atau sebagainya. Yang bagusnya ialah aplikasi tersebut akan mengesyorkan kepada anda laluan lain yang kurang sesak sekali gus mempercepat perjalanan anda.

    Selain itu, sekiranya berlaku kemalangan, aplikasi tersebut juga akan mengemaskini maklumat mereka dan mencadangkan laluan pintas atau laluan alternatif kepada anda. 

    Mungkin agak mustahil untuk anda melalui jalan tanpa jem ketika waktu-waktu puncak seperti ketika musim perayaan, tetapi dengan merancang perjalanan anda, sekurang-kurangnya perjalanan anda akan menjadi lebih teratur. 

    Gunakan Google Maps atau Waze

    Jadilah pemandu berhemah

    Sebagai pemandu, anda seharusnya bertimbang rasa dengan pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Memotong barisan ialah tindakan yang jelas melanggar peraturan jalan raya. Bukan sahaja membahayakan, anda juga boleh disaman sebanyak RM300 dengan serta-merta jika didapati bersalah.

    Ingat, pelanggaran peraturan jalan raya boleh mengundang nahas. Jadi pandu secara berhemah untuk keselamatan anda dan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.


    Bjak menawarkan kemudahan memperbaharui insurans dan roadtax kenderaan secara online. Renew insurans dan roadtax anda di Bjak.my di mana sahaja anda berada. Dapatkan sebut harga insurans kereta percuma dalam hanya 3 minit hari ini.