Skip to content
Home » Ini Cara Nak Semak No Cukai Jalan Kereta

Ini Cara Nak Semak No Cukai Jalan Kereta

    cara semak no cukai - cover

    Umum mengetahui .bahawa semua pemilik kenderaan wajib ada dan memastikan cukai jalan kenderaan mereka masih aktif sebelum hendak memandu kenderaan mereka di semua jalan raya di Malaysia. Memang betul jika cukai jalan kenderaan ini sudah melepasi tarikh luput, kenderaan mereka tetap boleh berjalan.

    Tetapi, sekiranya terjadi apa-apa contohnya kemalangan atau berhadapan dengan sekatan jalan raya, atau diperiksa secara rawak oleh penguatkuasa, ketika itu mereka pastinya akan mula menyesal kerana tidak menghidupkan cukai jalan mereka. Ini kerana, akan ada pelbagai masalah yang perlu ditanggung akibat daripada kecuaian tidak menghidupkan cukai jalan tersebut.

    Disebabkan cukai jalan ini penting, jadi semua pemilik kenderaan mestilah bertanggungjawab dan peka dengan tarikh luput atau pun butirannya. Jika anda sudah mula sedar dan nak tahu berkenaan macam mana cara nak semak butiran cukai jalan kenderaan anda seperti no cukai jalan kereta, kami ada jawapannya. Teruskan membaca untuk mengetahuinya.

    Apa itu cukai jalan?

    Sebelum kita nak tahu cara semak butiran cukai jalan, ambil tahu apakah cukai jalan ini sebenarnya. Cukai jalan adalah bayaran tahunan yang dikenakan ke atas pemilik kenderaan di Malaysia. Ia merupakan satu sumber pendapatan penting bagi kerajaan untuk menyokong penyelenggaraan dan pembangunan infrastruktur jalan raya serta perkhidmatan berkaitan.

    Kepentingan cukai jalan motosikal

    1. Penyelenggaraan jalan raya: Pendapatan daripada cukai jalan motosikal membantu dalam penyelenggaraan dan pembangunan infrastruktur jalan raya, termasuk pembaikan dan pengubahsuaian.
    2. Pembangunan keselamatan: Sebahagian daripada dana cukai jalan digunakan untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya lain, termasuk penambahbaikan papan tanda keselamatan.
    3. Pengurusan trafik: Cukai jalan juga menyokong pengurusan trafik, termasuk pembinaan bulatan, perubahan susun atur lalu lintas, dan penambahbaikan sistem isyarat.

    Portal rasmi JPJ

    Langkah pertama untuk menyemak cukai jalan kenderaan anda adalah dengan melalui portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Anda hanya perlu akses laman web JPJ di https://jpj.gov.my/. Cari menu atau bahagian yang menyediakan perkhidmatan semakan cukai jalan.

    Pilih “Semakan Cukai Jalan”

    Setelah berjaya memasuki bahagian semakan cukai jalan, anda mungkin perlu memilih pilihan “Semakan Cukai Jalan”.

    Masukkan Nombor Pendaftaran Kenderaan

    Anda akan diminta untuk memasukkan nombor pendaftaran kenderaan anda dalam format yang betul. Pastikan anda memasukkan huruf dan nombor kenderaan anda dengan betul.

    Tekan Butang Semak

    Selepas memasukkan nombor pendaftaran, tekan butang “Semak” atau perkara serupa untuk mendapatkan maklumat cukai jalan kenderaan anda.

    Maklumat Cukai Jalan

    Portal JPJ akan memaparkan maklumat mengenai cukai jalan kenderaan anda termasuk tarikh luput, jumlah yang perlu dibayar, dan status pembayaran.

    Pilihan Pembayaran

    Sekiranya cukai jalan kenderaan anda belum dibayar, portal mungkin menyediakan pautan atau panduan mengenai cara untuk membuat pembayaran.

    Resit

    Jika anda telah membuat pembayaran, pastikan untuk mencetak resit sebagai bukti pembayaran anda telah berjaya.

    Aplikasi Mudah Alih JPJ

    Alternatif kepada penggunaan laman web JPJ adalah, anda juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi JPJ di peranti anda. Aplikasi ini membolehkan anda menyemak cukai jalan dengan mudah di hujung jari anda. Selain daripada nak semak cukai jalan, aplikasi ini turut mempunyai pelbagai fungsi antaranya ialah semakan saman, semakan lesen memandu, pembaharuan dan banyak lagi.

    Perbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan di BJAK

    Pada anda yang insurans kenderaan dan cukai jalan akan tamat tempoh dalam masa terdekat, cuba guna BJAK untuk memperbaharuinya. BJAK, platform insurans nombor 1 di Malaysia, menawarkan 23 jenama insurans untuk dipilih. Paling menarik sekali, sebut harga dari 23 jenama insurans ini akan siap dalam masa 5 minit sahaja. Klik sahaja butang di bawah ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: