Skip to content
Home » Kekurangan & Kelebihan Cukai Jalan Kenderaan Fizikal

Kekurangan & Kelebihan Cukai Jalan Kenderaan Fizikal

    cukai fizikal - cover

    Sebelum dunia mengalami transformasi digital, segala dokumen rasmi hadir dalam bentuk fizikal. Antara yang boleh dijadikan contoh adalah cukai jalan. Seiring dengan kemajuan teknologi digital, cukai jalan kenderaan kini sudah lagi tidak perlu dipamerkan.

    Bukan itu sahaja, cukai jalan juga kini hanya didapati dalam bentuk digital. Sebelum cukai jalan ini mengalami transformasi digital, semua pemilik kenderaan di Malaysia wajib mempamerkan dan memilliki cukai jalan yang sah pada kenderaan mereka. Walaupun kini tidak lagi digunakan, cukai jalan fizikal ini sebenarnya ada juga kelebihannya. Namun tidak disangkal ada juga kekurangannya. Mari kita ketahui sama-sama berkenaan kelebihan dan kekurangan roadtax fizikal ini.

    Kelebihan cukai jalan fizikal

    Sesuai untuk semua golongan

    Bagi sesetengah individu, terutama mereka yang tidak mabir dengan teknologi atau tidak mempunyai akses internet yang stabil, dokumen fizikal seperti cukai jalan ini lebih sesuai untuk mereka. Mereka juga mungkin lebih selesa dengan melihat dan menyimpan dokumen fizikal berbanding menggunakan platform dalam talian.

    Kesan visual

    Dokumen fizikal seperti cukai jalan boleh menjadi pengingat visual yang baik kepada pemilik kenderaan tentang keperluan mereka untuk membayar cukai jalan. Ini dapat membantu mengelakkan kelewatan pembayaran dan dikenakan tindakan undang-undang.

    Mudah disimpan

    Bagi sesetengah orang, menyimpan dokumen fizikal mungkin lebih mudah daripada menguruskan dokumen secara digital. Ia boleh disimpan dalam beg kenderaan atau ruang penyimpanan lainnya untuk rujukan.

    Kepastian maklumat

    Dokumen fizikal memaparkan maklumat mengenai cukai jalan secara terang-terangan dan jelas. Pemilik kenderaan boleh dengan mudah merujuk kepada tarikh tamat, nombor pendaftaran kenderaan, dan butiran lain yang diperlukan tanpa perlu menyemak dalam talian atau melalui aplikasi.

    Berguna dalam situasi darurat

    Dalam keadaan darurat di mana akses kepada sistem dalam talian mungkin terbatas, dokumen fizikal seperti cukai jalan dapat menjadi bukti pembayaran yang penting jika diperlukan oleh pihak berkuasa atau pihak lain.

    Kekurangan cukai jalan fizikal

    Stiker senang rosak

    Sekiranya stiker cukai jalan tercalar, rosak atau terkoyakk, ia boleh mnjadi sukar untuk membaca maklumat yang terkandung di dalamnya seperti tarikh tamat, nombor pendaftaran kenderaan, dan sebagainya. Ia boleh mendatangkan masalah kepada pihak berkuasa dan boleh dikenakan denda atau tindakan undang-undang.

    Kehilangan

    Jika cukai jalan fizikal hilang atau dicuri, pemilik kenderaan mungkin akan menghadapi masalah untuk membuktikan bahawa cukai jalan telah dibayar atau masih aktif jika ditahan oleh pihak berkuasa. Ini juga boleh mengakibatkan kenderaan anda disita atau denda dikenakan.

    Penyalahgunaan

    Ada kemungkinan bahawa cukai jalan fizikal boleh disalahgunakan dengan cara palsu atau dipalsukan. Ini boleh membawa kepada penipuan cukai jalan dan masalah undang-undang yang serius.

    Renew roadtax di BJAK sebelum tamat tempoh

    Pastikan anda sentiasa mengikuti peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jangan biarkan kenderaan anda dipandu tanpa memiliki roadtax serta insurans kenderaan yang sah. Ingat, kesalahan anda memandu tanpa kedua-dua dokumen penting ini akan menyebabkan anda berdepan tindakan saman tidak kurang RM300!

    Dengan adanya platform yang akan memudahkan anda untuk renew dan bayar roadtax online seperti Bjak, ia pastinya akan memudahkan lagi urusan anda. Jadi, buat sekarang jika sudah tamat tempoh. Jadilah pemilik kenderaan yang bertangunggjawab setiap masa ya!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: