Pernahkah anda terfikir, apa jadi jika kenderaan terbabit dalam kemalangan sehingga disahkan sebagai ‘total loss’? Layakkah anda untuk membuat tuntutan insurans dan berapa pula jumlah atau nilai pampasan yang akan diperoleh?
Artikel ini akan terangkan kepada anda dengan lebih lanjut mengenai tuntutan untuk kereta total loss yang perlu anda tahu.
Apa itu kenderaan total loss?
Untuk makluman anda, sesebuah kenderaan itu akan dianggap sebagai total loss disebabkan oleh dua keadaan iaitu:
- Kenderaan dicuri
- Kenderaan berkenaan terlibat dalam kemalangan dan mengalami kerosakan sehingga tidak boleh dibaiki dan digunakan lagi.
Selalunya, apa yang sering dirisaukan oleh rata-rata pemilik kenderaan adalah apabila berlakunya situasi kedua di atas. Justeru di dalam artikel ini, Bjak akan berikan penjelasan dengan lebih mendalam mengenai senario kedua berkenaan.
Bilakah kereta anda akan dianggap sebagai total loss?
Perlu anda tahu dan faham, sesebuah kenderaan itu akan dianggap sebagai total loss apabila kos untuk pembaikan melebihi nilai Actual Cash Value (ACV) semasa kenderaan tersebut.
Biasanya, jika sesebuah kereta disahkan oleh syarikat insurans sebagai total loss, ini bermaksud kenderaan tersebut “Tidak Berhemat Dibaiki” atau Beyond Economic Repair (BER). Maksudnya di sini, kenderaan tersebut tidak selamat atau tidak dapat dibaiki lagi atau kos anggaran untuk membaiki atau menggantikan kereta tersebut melebihi nilai tunai sebenar kenderaan tersebut.
Nota: Nilai tunai sebenar kenderaan anda merujuk kepada amaun yang akan dibayar oleh syarikat insurans anda jika kenderaan anda total loss.
Untuk makluman anda, setiap negeri memberikan nilai yang berbeza untuk kerugian yang dianggap sebagai total loss. Biasanya, setiap negeri akan menggunakan kaedah yang unik dan berbeza bagi menentukan jumlah kerugian untuk kenderaan total loss.
Contohnya, ada negeri yang menggunakan kaedah Total Loss Formula (TLF) yang bermakna bahawa kenderaan itu akan dianggap total loss jika kos untuk membaik pulihnya melebihi ACV kereta tersebut.
Selain itu, ada juga sesetengah negeri yang menggunakan kaedah Total Loss Threshold’ (TLT) yang mana kerosakan pada kenderaan lebih besar daripada peratusan yang ditentukan berdasarkan nilai yang dianggap sesuai untuk kenderaan tersebut.
Berapakah nilai pampasan anda layak dapat untuk kereta total loss?
Pada dasarnya, pihak insurans menentukan jumlah pampasan berdasarkan jumlah perlindungan atau sum insured kenderaan anda. Ingatkah anda, sebelum memperbaharui insurans kenderaan, anda perlu memilih jumlah perlindungan kenderaan sama ada mengikut market value (nilai pasaran) atau agreed value (nilai dipersetujui) kan?
Jadi, jika sebelum ini anda memilih untuk menginsuranskan kenderaan anda mengikut nilai pasaran, maka jumlah pampasan yang anda akan layak dapat adalah mengikut nilai pasaran kereta anda ketika total loss/ kemalangan berlaku.
Sebaliknya, jika kenderaan anda diinsuranskan mengikut nilai yang dipersetujui, maka jumlah pampasan yang anda layak peroleh adalah sama seperti yang telah dipersetujui di dalam polisi.
Contohnya, jika sum insured mengikut agreed value adalah berjumlah RM30,000, maka jumlah pampasan yang anda akan peroleh juga adalah sebanyak RM30,000.
Siapa yang layak buat tuntutan untuk kenderaan total loss?
Untuk pengetahuan anda, hanya pemegang polisi insurans 1st party sahaja layak untuk membuat tuntutan insurans jika kenderaan total loss akibat kemalangan. Sekiranya anda mendapatkan polisi pihak ketiga, kebakaran atau kecurian ataupun polisi pihak ketiga, anda tidak boleh membuat tuntutan tersebut kepada syarikat insurans anda.
Apa akan terjadi pada kenderaan yang diisytiharkan total loss?
Jika kereta anda sudah diisytiharkan sebagai total loss oleh pihak insurans dan anda juga bersetuju dengan penilaian mereka, maka, anda sebenarnya boleh memilih untuk sama ada:
- Menyimpan kereta itu
- Menyerahkan kereta tersebut kepada syarikat insurans
Sekiranya anda memilih untuk menyimpan kenderaan tersebut, syarikat insurans akan memberikan bayaran yang lebih rendah kepada anda berbanding yang sepatutnya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga:
- “Boleh Claim Atau Tidak?” – Ini 4 Contoh Situasi Yang Perlu Anda Fahami
- Nak Claim Insurans? Ketahui Dulu Jenis-Jenis Tuntutan Insurans & Caranya
- Tak Tahu Tahap Perlindungan Insurans Yang Sesuai Untuk Kenderaan? Tanya Diri Anda 5 Soalan Ini
- Bolehkah Syarikat Insurans Menolak Untuk Menginsuranskan Kenderaan Anda?