Skip to content
Home » Lesen Memandu Hilang? Ini Cara Anda Buat Semula!

Lesen Memandu Hilang? Ini Cara Anda Buat Semula!

    Lesen memandu hilang

    Selain roadtax dan insurans kenderaan, salah satu syarat wajib untuk memandu di jalan raya di Malaysia adalah individu tersebut perlu memiliki lesen memandu yang sah.

    Tanpa lesen memandu, tindakan undang-undang bukan sahaja bakal dikenakan, malah individu terbabit juga bakal berdepan dengan masalah lain, khususnya apabila terbabit dengan kemalangan atau kecurian kenderaan. 

    Sama seperti roadtax dan insurans, lesen memandu juga perlu diperbaharui setiap tahun. Namun, apa jadi jika lesen memandu anda hilang sebelum ia tamat tempoh? Bagaimanakah cara untuk anda dapatkannya semula?

    Teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut. 

    Apa jadi jika lesen memandu anda hilang?

    Anda berdepan saman

    Jika anda didapati gagal mengemukakan lesen memandu ketika dalam sekatan jalan raya, maka kemungkinan besar anda bakal berdepan dengan tindakan saman oleh pihak berkuasa.

    Ini kerana, lesen memandu adalah perkara paling wajib patut anda bawa dan miliki setiap masa ketika sedang memandu. Ia adalah ibarat nyawa anda. Jika tiada (meskipun tertinggal di rumah atau hilang), maka anda dianggap telah melakukan satu kesalahan dan melanggar undang-undang.

    Sukar membuat tuntutan insurans

    Salah satu syarat serta dokumen penting yang perlu dikemukakan ketika ingin membuat tuntutan insurans adalah salinan lesen memandu. Andai kata lesen memandu hilang dan secara kebetulan anda terlibat dalam kemalangan, maka proses tuntutan insurans akan menjadi sukar.

    Pihak insurans berhak untuk menolak tuntutan insurans anda jika didapati gagal mengemukakan salinan lesen memandu terkini. Disebabkan itu, lesen memandu perlu dijaga dengan baik dan berada dengan anda setiap masa bagi mengelakkan sebarang masalah.

    Cara buat lesen memandu yang telah hilang

    Tanpa berlengah lagi, berikut Bjak kongsikan cara untuk anda buat atau dapatkan semula lesen memandu yang telah hilang.

    1. Kunjungi JPJ (Nota penting: Lesen yang hilang wajib dan hanya boleh dibuat di JPJ sahaja dan tidak boleh dibuat menggunakan wakil – pemilik perlu lakukannya sendiri)
    2. Bawa kad pengenalan original serta salinan 
    3. Minta dan isi borang permohonan lesen memandu (borang JPL L1) – mungkin terdapat perubahan pada jenis borang, jadi sila dapatkan kepastian dengan pegawai JPJ yang bertugas
    4. Lesen memandu siap
    5. Bayar denda/ kompaun

    Berapakah denda yang dikenakan untuk kes lesen memandu hilang?

    Harga denda atau kompaun yang dikenakan bagi mendapatkan semula lesen memandu telah hilang adalah sebanyak RM20. 

    Bagaimanapun jika ia hilang disebabkan oleh bencana alam, maka anda mungkin tidak akan dikenakan sebarang denda. 

    Bolehkah terus buat lesen baru jika lesen yang telah hilang itu sudah hampir expire?

    lesen memandu hilang yang hampir expire

    Jawapannya tidak. Ini kerana, anda masih perlu mengemukakan lesen lama anda ketika ingin memperbaharui lesen baru. Jika anda gagal mengemukakannya, maka ia akan dianggap hilang dan kompaun akan dikenakan terhadap anda. 

    Pastikan lesen memandu anda dijaga dengan baik

    Lesen memandu adalah ibarat nyawa anda ketika sedang memandu. Jadi pastikan anda sentiasa menjaganya dengan baik bagi mengelakkan ia daripada hilang dan berlaku sebarang masalah pada masa akan datang.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: