Skip to content
Home » PUSPAKOM Tawar Pemeriksaan Kenderaan Secara Percuma Sempena Hari Raya

PUSPAKOM Tawar Pemeriksaan Kenderaan Secara Percuma Sempena Hari Raya

    Puspakom beri pemeriksaan percuma

    PUSPAKOM kini menjalankan kempen #DriveSafeNoRegrets, Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela percuma untuk pemilik kenderaan persendirian sempena Hari Raya Aidilfitri.

    Kempen ini akan berlangsung selama 12 hari, bermula dari 17 hingga 29 April 2022 di  semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM (kecuali Shah Alam dan Pasir Gudang).

    Untuk kemudahan, orang ramai boleh membuat temu janji lebih awal secara dalam talian MyPUSPAKOM di www.mypuspakom.com.my. Anda juga boleh memilih untuk walk-in melalui Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM. Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu beratur untuk giliran anda.

    Di bawah ini adalah tarikh serta tempat untuk anda walk-in:

    Senarai lokasi

    *Nota: Senarai lokasi dikongsi di laman rasmi PUSPAKOM

    Pemeriksaan kenderaan lengkap sebelum Balik Kampung

    Kempen keselamatan ini melibatkan 25 pemeriksaan termasuk brek, tayar, suspensi, lampu dan lain-lain.

    Ini bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan optimum sebelum pulang ke kampung pada musim perayaan nanti.

    Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM Mohammed Shukor Ismail berkata, kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keperluan melakukan pemeriksaan kenderaan secara berjadual bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan.

    Beliau berkata pemeriksaan yang sewajarnya perlu dilakukan memandangkan jumlah kenderaan di jalan raya dijangka meningkat pada musim perayaan ini.

    “Untuk pengetahuan orang ramai, PUSPAKOM menggunakan alat pemeriksaan berkomputer untuk menguji kecekapan dan keberkesanan sesebuah kenderaan.

    “Pemilik kenderaan akan menerima laporan VVI, mengikut piawaian antarabangsa sebagai rujukan. Oleh itu, mereka boleh mengetahui keadaan sebenar kenderaan yang dipandu atau kemungkinan kerosakan pada komponen kenderaan,” katanya.

    Mereka yang berhasrat untuk hadir mendapatkan pemeriksaan percuma ini perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Contohnya memakai pelindung muka, imbas MySejahtera, dan amalkan penjarakan sosial.

    Buat pemeriksaan PUSPAKOM, pandu dengan selamat

    Sila periksa kereta anda terutamanya sebelum memulakan perjalanan jarak jauh. Pemeriksaan yang betul sebelum perjalanan boleh mengelakkan anda daripada kemungkinan berlakunya kerosakan pada kenderaan ketika sedang memandu.

    Jika anda tidak begitu arif mengenai pemeriksaan kereta, sila minta bantuan yang lebih pakar untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh. Jika tidak, anda juga boleh menghantar kereta anda ke PUSPAKOM dalam tempoh yang ditawarkan seperti perkongsian di atas!

    Semoga selamat sampai ke kampung halaman. Pandu kereta anda dengan selamat, jangan tergesa-gesa, dan ikut had laju yang ditetapkan!


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: