Skip to content
Home » 5 Situasi Ini Buat Anda Ingin Renew Insurans Kereta 1st Party

5 Situasi Ini Buat Anda Ingin Renew Insurans Kereta 1st Party

    pelan insurans komprehensif

    Pelan insurans komprehensif atau insurans kereta 1st party diketahui menyediakan perlindungan yang lebih menyeluruh kepada pemilik kereta, justeru harganya agak mahal berbanding polisi insuran kereta yang lain.

    Namun begitu, tidak semua kereta atau pemilik kereta memerlukan perlindungan insurans kereta 1st party ini. Antaranya adalah kereta lama serta kereta yang sangat jarang digunakan. Selalunya, kereta lama tidak layak lagi untuk mendapatkan perlindungan ini daripada syarikat insurans.

    Untuk yang masih layak, memiliki perlindungan insurans komprehensif sebenarnya sangat berbaloi dan merupakan pilihan yang paling bijak dan baik. 

    Ini 5 contoh situasi yang mungkin boleh buatkan anda ‘terbuka hati’ untuk memperbaharui insurans dengan pelan komprehensif.

    insurans kereta 1st party menyediakan perlindungan lebih menyeluruh

    Jika anda tidak mampu tanggung kos pembaikan kereta anda 

    Contoh situasi: Ketika sedang memandu, anda secara tidak sengaja terlanggar tiang lampu sehingga menyebabkan kereta anda mengalami kerosakan teruk. Anda mendapati kos yang perlu ditanggung untuk kerosakan itu mencecah ribuan ringgit.

    Berdasarkan situasi di atas, anda tidak boleh membuat tuntutan insurans jika anda hanya memiliki perlindungan insurans pihak ketiga, kecurian dan kebakaran (TPFT) atau pelan paling asas, iaitu pelan insurans kereta third party sahaja. 

    Namun begitu jika anda memiliki perlindungan komprehensif, anda tidak perlu risau mengenai kos pembaikannya. Anda boleh sahaja membuat tuntutan insurans untuk kerosakan yang dialami pada kereta anda meskipun kemalangan tersebut berpunca dari kecuaian diri sendiri. Kos pembaikan akan ditanggung oleh syarikat insurans anda sekiranya tuntutan anda tidak bermasalah dan berjaya.

    Jika kereta anda berusia 5 tahun ke bawah

    Kereta anda bukannya berharga ratusan atau ribuan ringgit sahaja. Bahkan, ia mencecah puluhan bahkan hingga ratusan ribu ringgit. Jadi, penting untuk anda dapatkan polisi insurans yang menyediakan perlindungan lebih menyeluruh. 

    Dengan polisi komprehensif, anda tidak perlu begitu bimbang jika berlaku apa-apa pada kenderaan anda termasuklah kerosakan akibat kemalangan, dicuri atau bahkan terlibat dalam kebakaran yang tidak disengajakan.  

    Nota: Setiap kereta yang dibeli menggunakan pinjaman bank wajib memperbaharui insurans dengan pelan komprehensif selagi hutang pinjaman belum selesai dibayar.

    Jika kereta anda kerap dipandu orang lain

    Dapatkan insurans kereta 1st party jika ada orang lain kerap memandu kenderaan anda

    Apa jadi jika kereta anda kerap dipandu oleh orang lain selain anda. Contohnya kakak, adik, abang, ibu, ayah atau lain-lain? Anda tidak tahu apa yang akan jadi pada kereta anda itu ketika sedang digunakan oleh mereka, bukan?

    Selalunya, pemilik kereta lebih menyayangi kereta mereka, justeru akan berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan segala risiko kemalangan yang boleh dielakkan. 

    Membeli pelan komprehensif adalah langkah terbaik dan tepat jika kereta anda kerap digunakan individu lain. Jika berlaku sesuatu pada kenderaan anda ketika ia sedang dipandu oleh orang selain anda, anda masih boleh membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans. Anda hanya perlu membayar caj ekses sahaja jika pemandu tersebut tidak dinamakan di dalam polisi anda. 

    Jika nilai pasaran kereta anda rendah

    Percaya atau tidak, walaupun dengan pelaksanaan langkah liberalisasi tarif insurans kereta sejak 2017, nilai pasaran kereta anda masih memainkan peranan utama dalam penentuan premium insurans.

    Kereta baru dengan nilai pasaran yang lebih rendah akan mendapat premium insurans yang lebih rendah, atau bahkan lebih berpatutan.

    Apa yang menarik di sini adalah nilai pasaran tersebut mungkin kurang berkaitan dengan kualiti sebenar kereta. Dua kereta dalam keadaan, spesifikasi, umur dan jenis yang serupa boleh diberi harga insurans yang berbeza atas sebab seperti populariti jenama dan nilai jualan semula.

    Apabila anda melihatnya dari sudut ini, anda sebenarnya membayar premium insurans yang lebih rendah untuk perlindungan dan manfaat tambahan yang serupa.

    Selagi anda tidak terkurang insurans (under-insured) kereta anda, anda akan mendapat lebih nilai menerusi pelan komprehensif jika dibandingkan dengan polisi asas.

    Jika anda ingin nikmati manfaat yang lebih

    Kebiasaannya, syarikat insurans akan menawarkan manfaat tambahan di dalam pelan insurans kereta 1st party termasuklah khidmat tunda percuma (sehingga had yang ditetapkan), bantuan tepi jalan termasuk penukaran tayar, percuma nama pemandu tambahan, manfaat kemalangan peribadi (sesetengah syarikat insurans sahaja tawarkan) dan lain-lain.

    Manfaat-manfaat ini hanya boleh diperoleh jika anda membeli insurans komprehensif sahaja. Andai kata berlaku sesuatu pada kenderaan anda seperti rosak ketika sedang memandu, maka secara mudah anda boleh dapatkan bantuan daripada syarikat insurans anda, bukan?

    Jadi, tidak rugi jika beli insurans komprehesif kerana anda akan dapat manfaat yang lebih.

    Lindungi kereta anda dengan pelan terbaik

    Jika anda masih layak dan mampu, cuba dapatkan pelan insurans komprehensif untuk kereta anda. Ia mungkin agak mahal ketika ingin memperbaharuinya, namun perlindungan yang anda bakal terima juga lebih banyak, bahkan kosnya juga sebenarnya lebih murah jika dibandingkan dengan risiko yang anda akan alami tanpa perlindungan ini (andai kata berlaku sesuatu pada kereta anda).

    Sebelum mendapatkan insurans kereta 1st party, kami mencadangkan anda untuk membuat perbandingan dengan beberapa buah syarikat insurans dahulu bagi memastikan ia adalah yang terendah dan terbaik boleh anda peroleh. Untuk lebih mudah, buat sahaja perbandingan di Bjak. Bandingkan dengan 10 jenama insurans sekaligus, tanpa perlu lagi membuang masa anda. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: