Skip to content
Home » Soalan Lazim Mengenai Pembaharuan Cukai Jalan

Soalan Lazim Mengenai Pembaharuan Cukai Jalan

    Soalan lazim - cover

    Semua pemilik kereta diwajibkan memperbaharui cukai jalan mereka setiap tahun untuk memandu secara sah di jalan awam Malaysia. Jika anda baru pertama kali nak renew roadtax, anda mungkin tidak biasa dengan pembaharuan cukai jalan dan perkara lain yang berkaitan.

    Apa jadi jika saya memperbaharui cukai jalan saya selepas tarikh luputnya? Jika saya ingin menukar kereta saya, bolehkah saya membatalkan cukai jalan saya?

    Persoalan ini pastinya ada bermain di fikiran bagi orang yang tidak pernah memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka. Jangan bimbang, ini kerana kami akan menjawab persoalan berkenaan cukai jalan yang sering menjadi persoalan ini. Teruskan membaca untuk mengetahuinya.

    Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan saya tanpa insurans?

    Anda tidak boleh memperbaharui cukai jalan anda tanpa insurans.

    Anda mesti memperbaharui insurans anda sebelum anda boleh meneruskan pembaharuan cukai jalan.

    Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan saya jika saya mempunyai saman tertunggak?

    Anda tidak boleh memperbaharui cukai jalan anda jika anda mempunyai saman tertunggak.

    Semasa proses pembaharuan cukai jalan anda, saman tertunggak dan rekod senarai hitam anda, jika ada, akan ditunjukkan dalam sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Untuk memperbaharui cukai jalan anda, anda perlu menjelaskan saman tertunggak anda terlebih dahulu.

    Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan saya selepas 3 tahun?

    Anda masih boleh memperbaharui roadtax anda walaupun telah tamat tempoh lebih 3 tahun.

    Walau bagaimanapun , kenderaan anda mesti terlebih dahulu menjalani dan lulus pemeriksaan yang diperlukan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

    Anda boleh membuat temujanji dalam talian untuk membuat pemeriksaan di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM. Hanya log masuk ke www.mypuspakom.com.my atau muat turun aplikasi MyPUSPAKOM dari Google Play untuk membuat temujanji anda.

    Bolehkah saya membatalkan cukai jalan saya?

    Anda boleh membatalkan cukai jalan anda, atas sebab seperti berikut:

    • Pertukaran pemilikan kenderaan
    • Perubahan jenis insurans

    Prosedur untuk membatalkan cukai jalan anda adalah seperti berikut:

    • Sediakan salinan kad pengenalan anda sebagai pemilik kenderaan
    • Sediakan salinan penyata bank anda yang disahkan dan dicop oleh bank anda
    • Tanggalkan pelekat cukai jalan anda daripada cermin depan anda
    • Kemukakan cukai jalan anda dan salinan penyata bank di mana-mana cawangan JPJ
    • Terima bayaran balik melalui pemindahan dalam talian dalam masa sebulan

    Perbaharui insurans dan cukai jalan dengan Bjak

    Pembaharuan cukai jalan jadi lebih mudah apabila anda menggunakan Bjak. Perbaharui insurans dan cukai jalan anda dalam talian, dan biarkan Bjak menghantar cukai jalan anda ke depan pintu anda. Mulakan dengan mendapatkan sebut harga insurans kereta percuma anda di Bjak.my sekarang.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: