Ketika anda renew insurans kereta, anda mempunyai pilihan untuk memperbaharuinya mengikut jumlah perlindungan dengan nilai yang dipersetujui atau nilai pasaran.
Apakah maksud nilai pasaran?
Nilai pasaran merujuk kepada jumlah perlindungan berdasarkan harga pasaran semasa kereta anda. Nilai ini bergantung kepada jenama, model dan tahun kereta anda dikeluarkan.
Contoh: Jika jumlah perlindungan yang diambil adalah sebanyak RM30,000 dan kemudian ketika tempoh polisi masih sah anda membuat tuntutan untuk jumlah kerugian menyeluruh, anda akan mendapat pembayaran balik kurang daripada jumlah RM30,000 kerana nilai pasaran kereta anda mungkin sudah menyusut. Jumlah pampasan yang akan dibayar adalah mengikut nilai kereta anda pada ketika itu.
Bolehkah kereta baru ambil jumlah perlindungan ikut nilai pasaran?
Jawapannya adalah tidak. Kereta baru di bawah usia 10 tahun dan masih di bawah pinjaman bank perlu diinsuranskan mengikut nilai yang dipersetujui.
Adakah premium untuk jumlah perlindungan ikut nilai pasaran lebih murah?
Ya. Premium insurans kereta bagi jumlah perlindungan mengikut nilai pasaran sememangnya lebih murah berbanding dengan premium bagi jumlah perlindungan mengikut nilai yang dipersetujui. Namun begitu, perbezaannya tidaklah begitu besar di antara kedua-duanya.
Apakah risiko renew insurans dengan nilai pasaran?
Jika mengambil insurans mengikut nilai pasaran, anda mungkin berdepan risiko untuk terlebih perlindungan (over-insurance) atau terkurang perlindungan (under-insurance). Sekiranya terlebih perlindungan, maka insurans hanya akan membayar pampasan kepada anda mengikut nilai pasaran ketika berlaku kecurian atau total loss.
Namun bagaimana pula jika terkurang perlindungan?
Ini bermakna bahawa anda akan menerima pampasan namun bukanlah mengikut jumlah penuh nilai pasaran.
Bilakah insurans mengikut nilai pasaran sesuai diambil?
Berbanding membeli insurans dengan jumlah perlindungan mengikut nilai pasaran, anda sebenarnya sangat digalakkan untuk mengambil insurans mengikut nilai yang dipersetujui ketika renew insurans kereta. Walau bagaimanapun, anda masih boleh memilih untuk mendapatkan insurans mengikut nilai pasaran sekiranya:
- Kereta anda sudah lama dan bebas daripada hutang bank
- Kenderaan anda berusia lebih 10 tahun malah jarang digunakan
- Kereta anda sudah lama dan hanya digunakan untuk perjalanan jarak dekat (seperti untuk ke surau, pasar dan sebagainya)
Berbaloi insuranskan kenderaan mengikut nilai pasaran ketika renew insurans kereta?
Seperti yang dinyatakan di atas, anda sememangnya lebih digalakkan untuk mengambil jumlah perlindungan mengikut nilai yang dipersetujui ketika renew insurans kereta.
Pembelian insurans mengikut nilai pasaran hanya akan berbaloi jika kereta anda sememangnya sudah lama dan andai kata berlaku sebarang kejadian terhadap kereta itu, anda tidak mengalami kerugian yang begitu besar.
Buat penilaian sewajarnya sebelum renew insurans kereta
Meskipun anda boleh mendapatkan premium yang lebih murah dengan menginsuranskan kereta mengikut nilai pasaran, namun anda perlu memikirkan risiko-risiko dan jumlah kerugian yang bakal dihadapi seandainya kenderaan anda dicuri atau mengalami total loss.
Fikir dan buat keputusan yang tepat sebelum memperbaharui insurans. Setiap syarikat insurans mungkin menyediakan jumlah perlindungan yang sama namun memberikan premium yang berbeza. Bandingkan terlebih dahulu sebelum mendapatkan insurans kereta anda. Anda juga boleh buat perbandingan dengan lebih mudah melalui Bjak. Minta dulu sebut harga percuma sekarang.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: