Skip to content
Home » Harga Roadtax Dan Insurans Kereta

Harga Roadtax Dan Insurans Kereta

    harga roadtax dan insurans kereta

    Sebelum ingin renew insurans kereta, anda sangat digalakkan untuk mengetahui dahulu berapakah anggaran harga roadtax dan insurans kereta anda pada tahun itu.

    Jika anda masih menggunakan kereta yang sama, maka anda mungkin sudah dapat mengagak jumlah harga roadtax dan insurans kereta yang perlu dibayar untuk pembaharuan kali ini. Namun jika tidak, anda mungkin perlu dan boleh meminta quotation dengan beberapa buah syarikat insurans secara online untuk mengetahui harganya terlebih dahulu dan lakukan perbandingan.

    Harga roadtax dan insurans berbeza

    Perlu anda ingat, harga roadtax dan insurans kereta masing-masingnya adalah berbeza ya. Harga insurans akan berubah pada setiap tahun, manakala harga roadtax pula kekal sama dengan tahun-tahun sebelumnya selagi anda memiliki kereta yang sama.

    Anda perlu memperbaharui dahulu insurans barulah roadtax. Tanpa insurans, proses untuk roadtax anda diperbaharui tidak akan dapat diteruskan baik secara online mahupun offline.

    Namun begitu, untuk lebih mudah kini anda sudah boleh memperbaharui kedua-dua roadtax dan insurans secara sekaligus di platform seperti Bjak. Jika anda ingin renew insurans secara online dan perbaharui pula roadtax secara offline sebagai contoh di myEG atau pejabat pos juga boleh, namun ada caj tambahan yang mungkin akan dikenakan.

    Bagaimana harga roadtax dan insurans kereta ditentukan?

    Harga roadtax biasanya jauh lebih murah berbanding harga insurans.

    Harga roadtax kereta persendirian di Malaysia ditentukan berdasarkan kapasiti enjin, lokasi geografi, jenis kenderaan serta pemilikan kenderaan. Biasanya, lebih rendah cc atau kapasiti enjin anda, lebih murah harga roadtax nanti.

    Manakala harga insurans kereta pula ditentukan berdasarkan beberapa faktor termasuklah kadar NCD semasa anda, nilai harga pasaran kereta anda, tahun pembuatan kereta, jenis insurans kereta (komprehensif atau lain-lain), lokasi tempat tinggal, rekod pemanduan serta pekerjaan anda. 

    cara insurans kereta dikira
    cara harga insurans kereta dikira
    Contoh pengiraan harga insurans kereta

    Anggaran harga roadtax dan insurans kereta beberapa jenama 

    Berikut kami akan kongsikan rujukan angaran harga roadtax dan insurans kereta untuk beberapa jenama. Anggaran ini adalah berdasarkan pengambilan polisi insurans 1st party (komprehensif) dari tahun pertama pembelian kereta sehinggalah mencapai tahun ke-6 (dengan kadar NCD maksima 55%) tanpa pernah melakukan sebarang tuntutan.

    Contoh anggaran harga roadtax dan insurans kereta jenama Myvi SE 1.5

    TahunNCD (0%)Harga insurans kereta Myvi SE.15 
    10RM1150.00
    225RM862.50
    330RM805.00
    438.33RM709.20
    545RM632.50
    655 (maksima)RM517.50

    * Contoh anggaran harga yang disertakan di atas adalah hanya untuk premium kasar (selepas ditolak NCD) sahaja dan tidak termasuk caj duti setem (RM10), cukai SST (6%) serta perlindungan tambahan lain yang akan diambil.

    * Harga roadtax untuk kereta Myvi SE 1.5 adalah sebanyak RM90 bagi Semenanjung Malaysia dan RM72 untuk Sabah dan Sarawak.

    Contoh anggaran harga roadtax dan insurans kereta jenama Perodua Axia 1.0

    TahunNCD (0%)Harga insurans kereta Perodua Axia 1.0
    10RM850.00
    225RM637.00
    330RM595.00
    438.33RM524.20
    545RM467.50
    655 (maksima)RM382.50

    * Contoh anggaran harga yang disertakan di atas adalah hanya untuk premium kasar (selepas ditolak NCD) sahaja dan tidak termasuk caj duti setem (RM10), cukai SST (6%) serta perlindungan tambahan lain yang akan diambil.

    * Harga roadtax untuk kereta Perodua Axia 1.0 adalah sebanyak RM20 bagi Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

    Contoh anggaran harga roadtax dan insurans kereta jenama Proton Saga 1.3

    TahunNCD (0%)Harga insurans kereta Proton Saga 1.3
    10RM970.00
    225RM727.50
    330RM679.00
    438.33RM598.20
    545RM533.50
    655 (maksima)RM436.50

    * Contoh anggaran harga yang disertakan di atas adalah hanya untuk premium kasar (selepas ditolak NCD) sahaja dan tidak termasuk caj duti setem (RM10), cukai SST (6%) serta perlindungan tambahan lain yang akan diambil.

    * Harga roadtax untuk kereta Proton Saga 1.3 adalah sebanyak RM70 bagi Semenanjung Malaysia dan RM56 untuk Sabah dan Sarawak.

    Contoh anggaran harga roadtax dan insurans kereta jenama Honda City 1.5

    TahunNCD (0%)Harga insurans kereta Honda City 1.5
    10RM2100.00
    225RM1575.00
    330RM1470.00
    438.33RM1295.07
    545RM1155.00
    655 (maksima)RM945.00

    * Contoh anggaran harga yang disertakan di atas adalah hanya untuk premium kasar (selepas ditolak NCD) sahaja dan tidak termasuk caj duti setem (RM10), cukai SST (6%) serta perlindungan tambahan lain yang akan diambil.

    * Harga roadtax untuk kereta Honda City 1.5 adalah sebanyak RM90 bagi Semenanjung Malaysia dan RM56 untuk Sabah dan Sarawak.

    Contoh anggaran harga roadtax dan insurans kereta jenama Toyota Vios 1.5

    TahunNCD (0%)Harga insurans kereta Toyota Vios 1.5
    10RM1760.00
    225RM1320.00
    330RM1232.00
    438.33RM1085.40
    545RM968.00
    655 (maksima)RM792.00

    * Contoh anggaran harga yang disertakan di atas adalah hanya untuk premium kasar (selepas ditolak NCD) sahaja dan tidak termasuk caj duti setem (RM10), cukai SST (6%) serta perlindungan tambahan lain yang akan diambil.

    * Harga roadtax untuk kereta Toyota Vios 1.5 adalah sebanyak RM90 bagi Semenanjung Malaysia dan RM56 untuk Sabah dan Sarawak.

    Sediakan bajet untuk insurans dan roadtax anda

    Anda perlu memperbaharui kedua-dua roadtax dan insurans pada setiap tahun jadi jika boleh silalah menabung lebih awal bagi mengelakkan anda daripada merasa terbeban apabila tiba masa untuk pembaruan insurans nanti.

    Ingat, perlindungan insurans penting kerana ia dapat melindungi anda sekiranya berlaku sesuatu ketika sedang memandu. Jadi, sila perbaharuinya sebelum tamat tempoh dan dapatkan pelan terbaik untuk kenderaan anda.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: