Secara lazimnya, pemilik kenderaan akan menukar nama hak milik kenderaan mereka kerana ingin menjual kereta mereka. Ada juga yang menukar nama dalam hak milik kereta mereka kerana sudah tidak mahu lagi menggunakan kereta tersebut. Namun, hal itu sering terjadi dalam kalangan ahli keluarga.
Proses untuk menukar pemilikan kereta ini kini boleh dilakukan secara dalam talian (online). Walaupun terdapat kemudahan untuk melakukan proses ini secara dalam talian (offline), masih ada lagi individu yang lebih selesa untuk melakukannya secara offline.
Dokumen yang diperlukan
Sebelum memulakan proses, pastikan anda telah menyediakan semua dokumen yang diperlukan. Ini termasuk:
- Sijil hakmilik (geran) kereta.
- Sijil pendaftaran kenderaan.
- Salinan kad pengenalan pemilik lama dan baru.
- Salinan resit cukai jalan terkini.
- Surat kebenaran peminjam (jika ada).
- Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
Buat temujanji dengan pembeli dan penjual
Anda dan penjual perlu membuat temujanji untuk bertemu di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau agensi pendaftaran kenderaan yang berdekatan. Ini adalah langkah penting untuk melengkapkan proses pemindahan hak milik kereta.
Lawat pejabat JPJ
Pada hari temujanji, hadir ke pejabat JPJ bersama penjual dan pembeli. Pastikan anda membawa semua dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan di atas.
Isi borang pemindahan hak milik kereta
Di pejabat JPJ, anda akan diminta untuk mengisi borang pemindahan hak milik kereta. Pastikan anda isi borang dengan betul dan lengkap untuk melancarkan proses pemindahan hak milik kereta anda.
Bayar yuran pemindahan hak milik
Selepas mengisi borang, anda perlu membayar yuran pemindahan hak milik kepada JPJ. Yuran ini berbeza mengikut nilai kereta dan negeri di mana proses tersebut dilakukan.
Tandatangan dokumen
Setelah membayar yuran, kedua-dua pemilik lama dan baru perlu menandatangani dokumen pemindahan hak milik di hadapan pegawai JPJ.
Terima sijil pemilikan baru
Selepas proses selesai, anda akan menerima sijil pemilikan baru (geran) yang menunjukkan anda sebagai pemilik sah kereta tersebut.
Kelebihan tukar pemilikan kereta secara offline
- Transaksi selamat dan sah: Dengan berurusan secara langsung, anda dapat memastikan bahawa proses tukar pemilikan dilakukan dengan betul dan sah.
- Maklumat Langsung: Anda dapat mendapatkan maklumat terkini tentang proses dan keperluan terkini daripada pegawai JPJ secara langsung.
Akibat jika tidak tukar nama hak milik kenderaan
Berikut antara beberapa kesan jika jual beli kereta tidak melakukan proses tukar hak milik nama kenderaan:
- Penama akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kereta tersebut; kemalangan, saman lalu lintas, kegiatan jenayah dan lain-lain
- Memberi masalah jika pemilik kenderaan asal meninggal dunia
- Proses pembaharuan insurans kereta atau motor dan roadtax sukar
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: