Skip to content
Home » Cara Renew Roadtax Dengan BJAK

Cara Renew Roadtax Dengan BJAK

    renew roadtax bjak - cover

    Setiap pemilik kenderaan bermotor di Malaysia wajib memiliki cukai jalan yang sah sebelum boleh memandu kenderaan mereka di jalan raya. Ini kerana, cukai jalan atau roadtax telah termaktub di bawah undang-undang jalan raya di Malaysia.

    Jika kenderaan yang berada di jalan raya didapati tidak memiliki cukai jalan yang sah, pemandu kenderaan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak penguatkuasa. Untuk mengelakkan daripada perkara tersebut berlaku, anda perlu pastikan cukai jalan sentiasa aktif dan sah.

    Justeru, adalah amat penting untuk sentiasa memperbaharuinya tepat pada masanya. Pada zaman teknologi ini, urusan memperbaharui cukai jalan kenderaan ini sudah pun menjadi mudah. Ia boleh diselesaikan secara online tanpa perlu pergi ke kaunter fizikal. Ada banyak platform online yang menyediakan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan ini antaranya ialah BJAK.

    Jika anda ingin tahu berkenaan cara-cara untuk memperbaharui cukai jalan di BJAK, teruskan membaca artikel ini.

    Cara renew roadtax guna BJAK

    Anda boleh memperbaharui insurans dan cukai jalan anda secara dalam talian di Bjak. Bandingkan sehingga 23 sebut harga insurans, pilih polisi pilihan anda dan insurans dan cukai jalan anda akan siap diperbaharui dalam masa 5 minit sahaja.

    Berikut adalah langkah mudah untuk memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan anda secara dalam talian di Bjak;

    1. Layari Bjak.my
    2. Masukkan nombor plat kenderaan, nombor kad pengenalan dan poskod
    3. Dapat sebut harga insurans
    4. Pilih polisi insurans
    5. Pilih pembaharuan cukai jalan
    6. Buat pembayaran
    7. Terima nota perlindungan insurans
    8. Polisi dan cukai jalan terus aktif

    Senarai semak sebelum pembaharuan cukai jalan

    Semak tarikh tamat cukai jalan

    Perkara pertama yang anda perlu semak ialah tarikh tamat cukai jalan kenderaan anda.

    Anda boleh menyemak tarikh tamat cukai jalan anda secara dalam talian melalui laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Pastikan kenderaan anda bebas daripada saman

    Selesaikan saman anda. Ambil perhatian bahawa anda tidak dibenarkan meneruskan pembaharuan cukai jalan jika anda mempunyai sebarang saman tertunggak.

    Anda boleh menyemak saman trafik anda secara dalam talian melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau laman web JPJ:

    1. PDRM: MyBayar Saman
    2. JPJ: Siasatan Senarai Hitam

    Kenapa perlu guna BJAK

    Untuk makluman anda, kebanyakan platform insurans termasuk Bjak memberikan peluang kepada pelanggan untuk lebih jimat.

    Selain penjimatan sehingga RM480 apabila membandingkan dengan 23 pilihan insurans, anda juga boleh mendapatkan lagi diskaun tambahan apabila menggunakan kaedah pembayaran Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) untuk kali pertama. Dengan kaedah BNPL, anda boleh berasa lega kerana pembayaran insurans boleh dilakukan dengan 3 kali ansuran tanpa sebarang faedah. 

    Jadi, inilah kesempatan yang anda boleh gunakan dengan renew insurans kereta online. Tidak rugi, malah ia sememangnya berbaloi untuk anda.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: