Menjadi pemilik kereta sememangnya agak menyeronokkan kerana dengan memilikinya, ia sedikit sebanyak akan memudahkan pergerakan kita ke mana sahaja destinasi yang ingin dituju. Namun, risikonya juga banyak, termasuklah jika kereta terbakar secara tiba-tiba sama ada ketika sedang memandu mahupun memarkirkannya.
Apabila situasi itu berlaku, apa yang perlu anda lakukan? Bolehkah anda membuat tuntutan daripada pihak insurans bagi menanggung kerugian yang dialami?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara ini, sila teruskan membaca perkongsian Bjak di bawah.
Bolehkah anda klaim insurans kereta jika kereta terbakar?
Selalunya bila kita langgar orang, kita boleh claim insurans atas polisi orang tu kan. Bila kita melanggar kereta orang lain pula dan kereta kita rosak teruk, kita boleh claim atas insurans sendiri dengan syarat memiliki insurans kereta 1st party.
Namun, bagaimana pula jika kereta terbakar secara tiba-tiba? Boleh ke claim insurans juga?
Ini jawapannya untuk anda:
Ya, anda boleh membuat tuntutan insurans jika kereta terbakar TETAPI ia tetap bergantung kepada jenis polisi insurans yang anda miliki.
Bagi membuat tuntutan/klaim insurans kereta akibat kebakaran yang tidak disengajakan, anda sebenarnya perlu:
i) mempunyai polisi jenis komprehensif atau;
ii) memiliki polisi pihak ketiga, kebakaran atau kecurian (TPFT)
Jadi, jika anda mempunyai insurans kereta third party sahaja, maka tuntutan insurans tidak boleh untuk dilakukan jika kereta terbakar.
Bagaimana pula jika kes kereta terbakar yang disebabkan kereta lain? Bolehkah claim ke atas mereka?
Jika kereta anda terbakar berpunca daripada kereta lain, kebanyakan kes akan menggunakan claim kereta anda sendiri terlebih dahulu.
Ini kerana prosesnya lebih cepat berbanding claim ke atas syarikat insurans pihak bersalah. Ia dipanggil sebagai tuntutan knock for knock. Syarikat insurans anda akan menuntut semula daripada syarikat insurans pihak ketiga nanti.
Jangan risau! Meskipun tuntutan dibuat daripada syarikat insurans anda dahulu, kelayakan NCD anda tetap tidak akan hilang.
Tuntutan ini bagaimanapun hanya boleh dilakukan jika anda adalah pemegang polisi komprehensif.
Ini cara untuk anda klaim insurans kereta bagi kes kereta terbakar
- Ambil gambar kenderaan anda yang rosak/ hangus akibat kebakaran
- Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam
- Sedia dan serahkan dokumen untuk proses tuntutan. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah i) salinan asal laporan polis ii) polisi insurans iii) salinan kad pengenalan iv) salinan lesen memandu
- Pihak insurans akan mengambil alih kes anda dan lakukan siasatan
- Tunggu keputusan laporan daripada pihak polis, bomba dan syarikat insurans
Apa perlu dilakukan ketika kebakaran kereta
Jika anda mengesan kepulan asap dari bonet depan kereta anda atau terbau getah mahupun plastik yang terbakar, sila bertenang dan berhentikan kereta di bahu jalan (tempat yang selamat) secepat mungkin dan lakukan perkara berikut:
- Matikan enjin kereta anda.
- Keluarkan semua penumpang dari kereta dan jauhkan diri sekurang-kurangnya 100 meter dari kereta.
- Jangan buka bonet kereta kerana api boleh menyala.
- Segera hubungi 999.
- Jangan kembali ke kereta anda untuk mengambil apa-apa. Tunggu pasukan penyelamat tiba.
Dapatkan perlindungan yang mencukupi
Kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Secara kesimpulannya, dapatkanlah perlindungan yang mencukupi seperti polisi komprehensif atau polisi TPFT jika kenderaan anda berusia kurang 20 tahun.
Ingat, walaupun anda mungkin boleh menjimatkan sedikit wang dengan perlindungan paling asas iaitu polisi pihak ketiga, namun anda juga perlu memikirkan segala kemungkinan yang boleh berlaku pada masa akan datang.
Semoga bermanfaat!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: