Perlindungan insurans adalah aspek penting dalam memastikan kenderaan anda dilindungi daripada kemungkinan risiko dan kerosakan. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis insurans kereta yang boleh didapati di pasaran.
Sebelum memperbaharui insurans, anda perlu tahu bahawa terdapat tiga jenis insurans kereta yang ada di pasaran yang mana setiap daripadanya memberikan perlindungan yang berbeza.
Tiga jenis atau polisi insuran kereta yang ada adalah i) polisi insurans komprehensif, ii) polisi insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian dan iii) polisi insurans pihak ketiga. Tetapi apa yang kita nak bincangkan disini adalah premium insurans kereta. Apakah kelebihannya. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya.
Insurans kereta 1st party
Sebelum kita pergi ke premium insurans kereta, kita kenali terlebih dahulu insurans kereta 1st party ini. Insurans 1st party (juga lebih formal disebut sebagai insurans komprehensif) memberikan perlindungan yang lengkap buat pemilik kenderaan. Perlindungan untuk polisi insurans 1st party ini meliputi kerosakan kenderaan sendiri akibat kemalangan, kecurian atau kebakaran kenderaan, serta perlindungan untuk kerosakan kenderaan, kecederaan atau kematian pihak ketiga.
Untuk memahami situasi-situasi yang membolehkan anda untuk membuat tuntutan insurans jika memiliki polisi 1st party, sila lihat contoh-contoh situasi di bawah:
- Kereta anda rosak akibat terlanggar tiang lampu isyarat. Anda boleh tuntut insurans di bawah tuntutan Own Damage, namun akan kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD).
- Kereta anda terlanggar haiwan ketika sedang memandu. Anda boleh tuntut insurans di bawah tuntutan Own Damage, namun akan kehilangan NCD.
- Cermin kereta anda rosak. Anda boleh buat tuntutan di bawah Own Damage (jika tidak mempunyai perlindungan tambahan windscreen). Kadar NCD akan kembali menjadi sifar.
- Cermin kereta anda rosak. Anda boleh buat tuntutan tanpa memberi kesan kepada kadar NCD dengan syarat anda mempunyai perlindungan tambahan windscreen dalam polisi anda ketika tuntutan dibuat.
- Kereta anda terbakar dengan tidak sengaja/akibat penganiayaan (tidak hilang NCD jika disebabkan oleh kereta lain).
- Kereta anda dicuri dan disahkan bukan kesalahan anda.
- Anda terlanggar kenderaan lain. Pihak tersebut (pihak ketiga) boleh membuat tuntutan di bawah polisi anda. Anda juga boleh membaiki kerosakan pada kenderaan anda di bawah polisi ini. Bagaimanapun, NCD akan kembali kepada kadar 0%.
- Anda dilanggar kenderaan lain. Anda boleh membuat tuntutan di bawah tuntutan pihak ketiga (tak perlu claim di bawah polisi insurans 1st party anda). NCD anda tidak akan terjejas.
Insurans kereta 3rd party
Insurans 3rd party atau turut disebut sebagai insurans pihak ketiga merupakan polisi insurans yang menyediakan perlindungan paling asas. Sama seperti namanya, polisi ini hanya menyediakan perlindungan untuk pihak ketiga sahaja, iaitu pihak yang dilanggar oleh anda.
Dengan memiliki polisi ini, segala kerosakan pada kenderaan anda perlu ditanggung oleh anda sendiri (jika kemalangan berpunca daripada anda). Tiada tuntutan boleh dibuat untuk kenderaan anda, dan polisi insurans anda itu hanya akan membayar pampasan untuk pihak ketiga, iaitu pihak yang dilanggar oleh anda.
Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila lihat contoh-contoh situasi di bawah:
- Anda melanggar tiang lampu isyarat lalu kenderaan anda rosak teruk. Bolehkah anda membuat tuntutan jika memiliki polisi insurans pihak ketiga? – TIDAK
- Anda terlanggar haiwan ketika memandu. Bolehkah anda membuat tuntutan bawah polisi pihak ketiga? – TIDAK
- Kereta anda terbakar. Bolehkah anda membuat tuntutan bawah polisi pihak ketiga? – TIDAK
- Kereta anda dicuri. Adakah pihak insurans akan membayar pampasan sekiranya anda pada ketika itu memiliki polisi pihak ketiga? – TIDAK
- Kereta anda melanggar kenderaan lain dan rosak teruk. Bolehkah anda tuntut insurans untuk baiki kerosakan pada kereta anda? – TIDAK
- Kereta anda terlanggar kereta lain dan pihak tersebut ingin membuat tuntutan insurans di bawah polisi insurans pihak ketiga yang anda miliki. Adakah ia dibolehkan? – YA
Apa itu premium insurans kereta?
Premium insurans kereta adalah jenis insurans yang menawarkan perlindungan yang lebih luas dan komprehensif berbanding dengan insurans asas. Ia sering kali meliputi manfaat tambahan seperti perlindungan terhadap kerosakan menyeluruh, insurans tuntutan pihak ketiga yang lebih tinggi, servis pengurusan tuntutan yang lebih baik, dan banyak lagi.
Kelebihan Premium Insurans Kereta:
1. Perlindungan yang lebih komprehensif:
- Premium insurans kereta biasanya menawarkan perlindungan yang lebih luas termasuk kerosakan menyeluruh seperti kecurian, kebakaran, ribut, dan lebih banyak lagi.
- Ia juga mungkin termasuk manfaat tambahan seperti bayaran untuk perkhidmatan jalan raya 24 jam, khidmat nasihat undang-undang, dan lain-lain.
2. Nilai insurans yang lebih tinggi:
- Premium insurans kereta biasanya menawarkan had maksimum perlindungan yang lebih tinggi berbanding dengan insurans asas. Ini bermakna anda akan mendapat bayaran lebih tinggi sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan tuntutan insurans.
3. Pilihan insurans yang dibuat untuk anda:
- Dengan premium insurans kereta, anda sering kali berpeluang untuk menyesuaikan polisi anda mengikut keperluan anda. Ini boleh termasuk tambahan pilihan khas seperti penambahan perlindungan untuk aksesori kenderaan tambahan atau kenderaan ganti sementara semasa kereta anda dalam perbaikan.
4. Servis pelanggan yang lebih baik:
- Biasanya, premium insurans kereta menyediakan servis pelanggan yang lebih baik. Ini termasuk proses tuntutan yang lebih pantas, sokongan pelanggan yang lebih peribadi, dan khidmat pelanggan yang lebih responsif.
5. Manfaat tambahan yang berpotensi membantu:
- Beberapa premium insurans kereta menawarkan manfaat tambahan seperti khidmat insurans penumpang, perlindungan terhadap kerosakan alam sekitar, dan banyak lagi. Ini memberi anda ketenangan fikiran tambahan dan pelbagai perlindungan untuk anda dan penumpang anda.
Cari insurans terbaik di BJAK
Diharapkan dengan perkongsian di atas ini, anda dapat menambah pengetahuan anda berkenaan dengan jenis insurans yang ada ini. Jika anda sedang mencari insurans untuk kenderaan anda, anda disyorkan untuk mencarinya di laman web Bjak.my. BJAK menawarkan sebanyak 23 jenama insurans yang telah siap untuk dibandingkan. Hanya lima minit sahaja diperlukan untuk proses pembaharuan insurans kenderaan anda siap sepenuhnya. Jika anda nak tahu dengan lebih lanjut, hanya klik sahaja butang di bawah ini.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: