Skip to content
Home » Kereta Dilanggar Dari Belakang, Apa Perlu Anda Buat?

Kereta Dilanggar Dari Belakang, Apa Perlu Anda Buat?

    Kereta terlanggar dari belakang

    Kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Walaupun kita sudah memandu dengan begitu berhati-hati, namun jika tidak bernasib baik kemalangan tetap boleh berlaku. Contohnya, kereta di belakang ‘mencium’ bonet belakang kenderaan anda – kereta dilanggar dari belakang.

    Kemalangan seperti ini boleh dikatakan sering berlaku, lebih-lebih lagi ketika dalam jalan raya yang sesak. Ia pasti akan menyebabkan kedua-dua pihak terkejut dan panik sehingga tidak mampu berfikir apakah langkah seterusnya yang perlu dilakukan selepas terbabit dalam kemalangan seperti ini.

    Jadi pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda apa yang perlu dilakukan sekiranya kenderaan anda dilanggar oleh kenderaan lain dari bahagian belakang.

    Kereta dilanggar dari belakang? Ikut dulu langkah ini

    Ketahui langkah yang perlu dilakukan apabila kereta terlanggar dari belakang

    Ada yang menganggap kemalangan seperti ini hanyalah kemalangan kecil dan boleh diselesaikan dengan mudah.

    Namun begitu, jika tidak kena pada caranya, pihak yang terlibat mungkin boleh mengalami kerugian seperti contoh terlebih bayar pampasan (pihak melanggar) atau terkurang dapat pampasan untuk kos pembaikan (pihak dilanggar).

    Sebelum itu, jom lihat dulu apa yang perlu anda lakukan jika kemalangan seperti ini berlaku terhadap diri dan kenderaan anda.

    Hidupkan lampu kecemasan

    Segera nyalakan lampu kecemasan sebagai amaran kepada pengguna jalan raya lain

    Sebaik sahaja kemalangan seperti ini berlaku, pastikan anda menghidupkan dahulu lampu kecemasan (terutama jika kejadian berlaku pada waktu malam) bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain bahawa sesuatu telah berlaku pada kenderaan anda.

    Kenalpasti keadaan sekeliling

    Lihat keadaan sekeliling. Jika kemalangan tersebut berlaku di atas highway, segera alihkan kenderaan ke lorong kecemasan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku. Begitu juga jika kemalangan berlaku ketika dalam kesesakan jalan raya, sila beri signal dan alihkan kereta anda ke bahu jalan untuk berbincang dan mengelakkan kesesakan yang lebih teruk dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

    Ambil maklumat kereta yang melanggar anda

    Segera catitkan nombor plat kenderaan dan cukai jalan kereta yang melanggar anda untuk membuat tuntutan insurans daripada pihaknya. Minta kebenaran untuk menangkap gambar kad pengenalan pihak yang melanggar anda. Tangkap juga gambar kondisi kereta anda dan keretanya bagi memudahkan urusan ketika tuntutan insurans ingin dilakukan.

    Ambil nombor telefon

    Jangan lupa untuk mengambil nombor telefonnya bagi memudahkan anda untuk menghubunginya nanti.

    Minta kerjasama buat laporan polis

    Berbincang dengan baik dan sila ajak pihak terbabit untuk membuat laporan polis berhubung kejadian

    Berbincang dengan elok bersama pihak yang melanggar anda. Jangan marah dan cubalah selesaikan dengan baik. Sila ajaknya untuk buat laporan polis bagi melaporkan kejadian yang berlaku. 

    Anda juga perlu buat laporan polis

    Bukan sahaja pihak yang melanggar anda, namun anda juga perlu segera membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan berlaku (walaupun wang pampasan telah diberikan oleh pihak yang melanggar). 

    Mengapa?

    Ini kerana, terdapat beberapa kes/ kejadian dimana pihak yang dilanggar secara tiba-tiba dihubungi pihak polis dan pesalah (pihak melanggar) pula mendakwa bahawa dirinya telah dilanggar lari.

    Jadi dengan membuat laporan polis, ia boleh memberi jaminan bahawa anda berada di pihak yang benar.

    Cari bengkel panel insurans 

    Tanpa berlengah lagi, sila hantar kenderaan anda ke bengkel panel syarikat insurans kereta yang berpengalaman untuk membaiki kerosakan pada kereta anda. Minta mereka uruskan 3rd party claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

    Pada insurans siapakah anda perlu membuat tuntutan insurans jika kereta dilanggar dari belakang?

    Jika situasi ini berlaku, anda boleh membuat tuntutan insurans terhadap pihak yang melanggar anda, yang turut dikenali sebagai tuntutan pihak ketiga.

    Anda tidak perlu membuat tuntutan insurans di bawah polisi anda sendiri jika disahkan anda bukan di pihak yang bersalah. 

    Pastikan keseluruhan kejadian dijelaskan kepada pihak insurans bagi memastikan tuntutan insurans terhadap pihak tersebut boleh dilakukan.

    Adakah kadar NCD akan terkesan jika anda membuat tuntutan pihak ketiga?

    Tidak. Kadar NCD anda tidak akan hilang dan akan kekal pada peratusan yang sama meskipun apabila anda membuat tuntutan insurans pihak ketiga.

    Untuk makluman anda, NCD insurans kereta anda akan terjejas hanya jika kemalangan itu berpunca daripada anda dan pihak lain membuat tuntutan terhadap anda, atau anda membuat tuntutan kerosakan di bawah Tuntutan Kerosakan Sendiri (Own Damage). Bagaimanapun perlu anda ketahui, untuk tuntutan kerosakan sendiri, ia hanya boleh dilakukan sekiranya anda mempunyai perlindungan insurans jenis komprehensif sahaja.

    Selesaikan dengan baik

    Kemalangan seperti ini sering berlaku, malah boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira tempat. Jika ia berlaku pada diri anda, pastikan anda tidak panik dan kekal tenang untuk menyelesaikan perkara ini dengan pihak terbabit. Lakukan langkah-langkah di atas bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang perkara penting.

    Jangan mudah melenting dan cubalah berbincang dengan elok. Diingatkan sekali lagi, pastikan anda tetap membuat laporan polis selepas kemalangan berlaku bagi mengelakkan sebarang ‘tuduhan’ luar biasa berlaku pada masa akan datang.

    Dalam pada itu, pastikan juga kenderaan anda sentiasa mempunyai perlindungan insurans kereta dan roadtax yang masih aktif bagi memudahkan proses tuntutan sekiranya berlaku sesuatu. Jika ia sudah hampir tamat tempoh, perbaharuinya sekarang dan dapatkan pelan terbaik untuk anda.

    Untuk lebih mudah, anda juga boleh perbaharui insurans dan roadtax anda melalui Bjak. Sebanyak 15 jenama insurans disediakan untuk anda banding dan buat pilihan. Layari Bjak hari ini untuk dapatkan sebut harga dalam hanya 3 minit.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: