Cukai jalan wajib diperbaharui pada setiap tahun bagi memastikan ia boleh digunakan secara sah di atas jalan raya. Namun begitu, bagaimana pula untuk kenderaan yang mana pemiliknya sudah meninggal dunia? Apakah proses yang perlu dilalui waris bagi membolehkan cukai jalan kenderaan itu turut diperbaharui pada setiap tahun?
Teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenainya.
Bolehkah waris pemilik kenderaan yang telah meninggal dunia bantu renew cukai jalan?
Jika kenderaan tersebut belum ditukar nama, maka, ya, waris tetap boleh menghidupkan cukai jalan kenderaan itu, namun tempoh sah roadtax yang dibenarkan adalah untuk 6 selama bulan sahaja.
Ini bermakna, dalam tempoh setahun waris perlu membuat dua kali pembaharuan cukai jalan bagi kenderaan itu.
Namun perlu anda tahu, jika pemilik asal telah meninggal dunia lebih 5 tahun dan kenderaan itu masih di bawah namanya, maka proses renew cukai jalan agak rumit sedikit di mana waris itu perlu mendapatkan persetujuan dan tandatangan Pengarah JPJ di cawangan berhampiran setiap 6 bulan sekali. Jika masih di bawah 5 tahun, maka waris masih boleh renew cukai jalan di kaunter JPJ seperti biasa.
Jadi bagi mengelakkan kesukaran pada masa hadapan, waris digalakkan untuk membuat pertukaran nama milik kenderaan yang sudah meninggal dunia dengan lebih awal.
Cara tukar nama pemilik kenderaan yang sudah meninggal dunia
Berikut adalah panduan untuk menukar hak milik asal geran kenderaan pemilik yang telah meninggal dunia kepada pemilik baru.
- Selesaikan pembahagian harta
Kenderaan pemilik yang telah meninggal dunia akan dianggap sebagai harta pusaka. Jadi sebaiknya, selesaikan dulu pembahagian harta pusaka sebelum membuat pertukaran hak milik ke atas kenderaan terbabit. Jika ketika hayat individu tersebut telah menyediakan wasiat, maka urusan untuk tukar nama akan lebih mudah. Namun jika tidak ada, anda boleh membuat permohonan di Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil sebagai waris si mati.
- Terima surat kuasa
Dapatkan sama ada Surat Geran Probet, Surat Akuan/ Arahan oleh Amanah Raya Berhad, Surat Perintah Mahkamah atau Surat Pentadbir Pusaka untuk memulakan proses pertukaran nama / hak milik pemilik yang telah meninggal dunia.
Waris akan mendapat dokomen-dokumen tersebut ketika proses untuk Urusan Harta Pusaka Kecil untuk si mati.
- Buat ujian di PUSPAKOM
Selesai urusan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil, maka tiba giliran untuk berurusan dengan PUSPAKOM.
Dapatkan dulu geran asal kenderaan terbabit. Kemudian, telefon atau datang ke PUSPAKOM untuk lakukan temujanji Ujian Tukar Hak Milik (B5). Seterusnya, bawa geran asal serta kenderaan berkenaan untuk dilakukan ujian PUSPAKOM. Apabila ujian selesai, anda akan mendapat surat keputusan pemeriksaan PUSPAKOM sama ada lulus atau gagal.
Sekiranya lulus, maka anda boleh teruskan dengan proses tukar nama. Namun jika gagal, anda hantarlah dulu kenderaan ke bengkel dan baiki, kemudian hantar semula untuk ujian PUSPAKOM.
- Renew insurans atas nama pemilik baru
Perbaharui dulu insurans bagi kenderaan terbabit atas nama pemilik baru sebelum pergi ke JPJ. Maklumkan kepada ejen insurans bahawa ia adalah proses tukar nama.
- Sediakan dokumen untuk urusan di JPJ
Sebelum hadir terus ke JPJ, pemilik baru perlu melengkapkan beberapa borang berserta dokumen pengesahahan pentadbir/ pemilikan atau sokongan iaitu:
- Salinan IC bakal pemilik baru
- Dua salinan borang Senarai Semak TM-3
- Dua salinan borang JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru
- Geran asal
- Surat lulus Pemeriksaan Tukar Hak Milik (B5) PUSPAKOM
- Salah satu dokumen pengesahan pemilikan; Surat Perintah Mahkamah, Surat Geran Probet, Surat Akuan/ Arahan oleh Amanah Raya Berhad, atau surat Pentadbir Pusaka
- Hadir ke JPJ
Pemilik baru boleh hadir terus ke cawangan JPJ terdekat untuk urusan pemindahan pemilikan kereta. Jangan lupa untuk membawa sekali borang-borang serta dokumen di atas.
- Renew roadtax
Akhir sekali, setelah selesai urusan di atas dan menerima geran baru, sila teruskan urusan pembaharuan roadtax.
Bolehkah pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan pemilik meninggal dunia dilakukan di Pejabat Pos?
Ya, anda masih boleh cuba renew cukai jalan dan insurans kenderaan yang pemiliknya sudah ‘tiada’ di kaunter pejabat pos, namun tempoh pemilik asal kenderaan itu telah meninggal dunia perlulah di bawah 3 tahun.
Seperti yang dinyatakan di atas tadi, tempoh sah bagi pembaharuan roadtax itu hanyalah selama 6 bulan sahaja, manakala insuran kereta jika pemilik meninggal pula adalah selama 1 tahun.
Jadi, jangan lupa untuk pastikan roadtax diperbaharui lagi selepas tempoh 6 bulan tamat ya!
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: