Pemilik kenderaan tertakluk kepada insurans kenderaan dan pembaharuan cukai jalan setiap tahun. Walaupun begitu, mungkin terdapat beberapa sebab yang tidak semua orang sedar mengenai kedua-dua perkara ini.
Perkara ini boleh menjadi sesuatu yang mengelirukan, terutamanya untuk orang yang tidak biasa dan baru pertama kali tahu berkenaan perkara tersebut.
“Adakah kedua-dua ini wajib? Bolehkah saya memperbaharui satu daripada ini sahaja? Yang mana satu harus saya perbaharui dahulu?”
Ini mungkin antara soalan biasa yang anda ada dalam fikiran anda. Anda tak perlu risau, biar kami bantu anda menjawab beberapa persoalan tersebut di bawah.
Fungsi & perbezaan antara insurans kereta dan cukai jalan
Baca nota ringkas tentang tujuan insurans kereta & cukai jalan.
Cukai Jalan: sejenis cukai yang dikenakan ke atas semua kenderaan bermotor di Malaysia sebelum ia sah untuk digunakan di jalan raya. Jabatan Pengangkutan Jalan mengutip cukai jalan kenderaan untuk menyelenggara rangkaian jalan raya di seluruh negara.
Insurans: melindungi pemegang polisi daripada tuntutan pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan yang disebabkan oleh mereka. Mereka juga menyediakan perlindungan terhadap kebakaran, kecurian dan kerosakan pada kereta.
Walau bagaimanapun, perlindungan bergantung pada polisi yang anda beli.
Berikut adalah perbezaan antara cukai jalan dan insurans kereta yang anda harus fahami:
Cukai jalan | Insurans kereta |
Tertakluk kepada pembaharuan sebagaimana yang dikawal selia di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 | Kena renew sebelum renew roadtax. Perlindungan insurans melindungi kereta daripada tuntutan pihak ketiga dan membolehkan anda membuat tuntutan sekiranya berlaku kecurian kereta atau kebakaran |
Harga kekal setiap tahun selagi anda tidak menukar kereta anda | Harga berubah setiap tahun. Premium insurans boleh menjadi lebih rendah jika kadar NCD anda tidak terjejas. Walau bagaimanapun, premium boleh menjadi lebih tinggi jika anda membeli sebarang perlindungan tambahan semasa pembaharuan |
Boleh diperbaharui untuk tempoh 6 bulan atau 1 tahun | Perlu diperbaharui untuk tempoh 1 tahun |
Tiada diskaun harga roadtax | Dapatkan diskaun daripada syarikat insurans terpilih |
Tiada caj tambahan akan dikenakan | Mungkin terdapat caj tambahan untuk beberapa faktor |
Soalan lazim tentang insurans kereta dan cukai jalan
Adakah wajib memperbaharui kedua-dua insurans dan cukai jalan?
Ya betul. Sebagai pemilik kenderaan, anda mesti mempunyai insurans dan roadtax yang SAH sebelum menggunakannya di jalan raya.
Cukai jalan dan insurans tertakluk kepada pembaharuan tahunan sebelum tarikh tamat tempoh untuk mengelakkan tindakan undang-undang.
Bilakah masa terbaik untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan?
Untuk pembaharuan insurans, anda boleh memperbaharuinya seawal dua bulan sebelum tamat tempoh. Manakala untuk roadtax, anda hanya boleh memperbaharuinya selepas memperbaharui insurans.
Anda boleh memilih untuk memperbaharuinya secara dalam talian secara serentak, contohnya, di Bjak.
Bolehkah anda memperbaharui cukai jalan tanpa insurans?
Tidak. Anda perlu mempunyai insurans yang sah sebelum anda boleh memperbaharui cukai jalan.
Mengapakah harga cukai jalan berbeza mengikut jenis kenderaan?
Harga cukai jalan untuk kenderaan akan berbeza mengikut beberapa faktor. Berikut adalah beberapa faktor yang menentukan harga cukai jalan di Malaysia.
- Kapasiti enjin
- Lokasi geografi
- Jenis kenderaan
- Pemilikan kenderaan
- Penggunaan kenderaan
Bolehkah satu polisi insurans memenuhi pelbagai kenderaan?
Tidak, hanya terdapat satu polisi insurans bagi setiap kenderaan.
Bolehkah anda membuat tuntutan terhadap kemalangan motosikal menggunakan insurans kereta?
Tidak. Insurans kereta hanya boleh digunakan untuk tuntutan untuk kereta sahaja, dan begitu juga sebaliknya.
Sila ambil perhatian bahawa polisi insurans hanya sah untuk satu kenderaan sahaja.
Sekiranya berlaku kemalangan kereta, bolehkah anda menuntut dengan lesen memandu yang telah tamat tempoh?
Ya, anda boleh memfailkan tuntutan insurans sekiranya berlaku kemalangan tanpa mengira status lesen memandu anda. Ini kerana anda mempunyai perlindungan insurans untuk menyediakan perlindungan kereta anda.
Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda tidak layak untuk membuat tuntutan insurans jika anda TIDAK memiliki lesen memandu.
Bolehkah anda memperbaharui cukai jalan dengan saman tertunggak/disenarai hitam?
Tidak. Semasa proses pembaharuan insurans adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian. Anda perlu memberikan butiran yang diperlukan semasa pembaharuan insurans.
Bolehkah anda memperbaharui dengan insurans yang sama setiap tahun?
Ya anda boleh. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menukar polisi insurans anda setiap tahun. Ini kerana anda mungkin tidak membayar harga terendah dalam pasaran.
Sila bandingkan beberapa syarikat insurans terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan pembaharuan insurans.
Bolehkah anda membatalkan polisi insurans sebelum ia tamat tempoh?
Ya. Anda boleh membatalkan insurans kereta untuk beberapa tujuan, seperti:
- Berniat nak jual kereta
- Bercadang untuk menukar syarikat insurans
- Tersalah beli polisi insurans
Anda boleh membaca artikel kami sebelum ini untuk mengetahui cara nak membatalkan polisi insurans anda.
Pastikan insurans kereta & cukai jalan anda sah!
Kami berharap artikel ini dapat membantu anda memberikan gambaran yang bermakna mengenai insurans kereta dan cukai jalan.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: