Skip to content
Home » 5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Renew Dengan Insurans Etiqa Kereta 

5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Renew Dengan Insurans Etiqa Kereta 

    Renew insurans Etiqa kereta

    Insurans Etiqa kereta – Antara jenama takaful kenderaan yang dipercayai dan terkenal di Malaysia adalah Motor Etiqa. Sama seperti jenama insurans atau takaful yang lain, Motor Etiqa turut menyediakan perlindungan terbaik buat para peserta (pemegang polisinya), iaitu menerusi pelan komprehensif.

    Sesetengah individu di luar sana mungkin lebih gemar untuk mendapatkan insurans konvensional berbanding takaful buat kenderaan mereka. Namun tidak kurang, mungkin ramai juga yang mula mempertimbangkan pelan takaful untuk kenderaan dan seterusnya berhasrat untuk mendapatkan insurans Etiqa kereta pada pembaharuan kali ini. 

    Jika anda adalah salah seorang daripadanya, ayuh kami kongsikan beberapa perkara yang perlu anda ketahui terlebih dahulu sebelum renew dengan Takaful Motor Etiqa.

    Insurans kereta Takaful Etiqa bukan hanya untuk umat Islam

    takaful insurans kereta Etiqa

    Antara salah faham yang sering berlaku dalam mendapatkan pelan takaful untuk kenderaan adalah anggapan bahawa ia disediakan untuk umat Islam sahaja.

    Tidak ya. Sebenarnya, setiap pemilik kenderaan termasuk yang bukan beragama Islam boleh mendapatkan insurans takaful termasuklah pelan Etiqa kereta ini. 

    Tujuan takaful ditubuhkan hanyalah sebagai satu alternatif khususnya umat Islam beralih daripada membeli produk insurans konvensional kepada produk yang lebih patuh syariah. Ini kerana secara dasarnya, insurans konvensional mungkin mengandungi unsur-unsur yang dilarang dalam Islam iaitu riba’ gharar (ragu-ragu) dan juga masyir (perjudian). 

    Jadi, mudah kata semua individu/ pemilik kenderaan boleh dapatkan perlindungan takaful ya!

    Insurans kereta takaful Etiqa menawarkan pengecualian excess

    Tahukah anda, tidak banyak syarikat insurans mahupun takaful yang menawarkan pengecualian excess buat pemegang polisinya tau! Ini kerana biasanya kebanyakan syarikat insurans akan meminta anda sebagai pemilik kenderaan untuk membayar sebahagian kos untuk kerosakan sendiri apabila terlibat dalam kemalangan dan memerlukan pembaikan di bengkel panel – keadaan inilah dipanggil sebagai excess. 

    Namun berbeza dengan Motor Etiqa, ia mengenakan prinsip ‘tiada excess’. Dengan manfaat ini, maka anda sebagai pemilik kenderaan (pemandu berusia 21 tahun ke atas) tidak perlu membayar sebahagian kos untuk kerosakan tersebut apabila ingin membuat tuntutan insurans bagi pembaikan kereta.

    Menyediakan perlindungan untuk semua pemandu

    Antara manfaat terbaik apabila anda mendapatkan insurans Etiqa kereta adalah anda tidak perlu membayar sebarang premium tambahan untuk nama pemandu tambahan. Dengan pelan komprehensif Etiqa, anda secara automatik akan layak menerima manfaat untuk semua pemandu di dalam polisi anda!

    Menyediakan proses tuntutan yang mudah

    Untuk individu yang merancang untuk dilindungi dengan pelan daripada Takaful Motor Etiqa, anda tidak perlu bimbang dengan proses tuntutan yang mungkin perlu dilalui kelak khususnya apabila terbabit dalam kemalangan. Sebenarnya, proses tuntutan bagi takaful motor Etiqa tidaklah rumit. Ikut sahaja prosedur di bawah ini bagi memastikan tuntutan anda berjalan lancar. 

    1. Segera hubungi talian hotline Etiqa di 1-300-88-1007 dalam tempoh 7 hari selepas insiden untuk maklumkan mereka tentang kejadian yang menimpa anda.
    2. Sediakan dokumen yang lengkap 
      • Borang tuntutan Etiqa yang telah diisi
      • Laporan polis (original)
      • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemilik kenderaan
      • Geran kereta (salinan)
      • Gambar insiden kemalangan dan kerosakan yang dialami pada kenderaan
      • Surat polis yang menyatakan pihak mana yang dikompaun
    3. Buat tuntutan melalui email (claims@etiqa.com.my), Whatsapp di nombor +60327804677 atau melalui aplikasi Etiqa Auto Assist.

    Anda boleh dapatkan insurans Etiqa kereta menerusi dua cara

    Selain daripada mendapatkan terus perlindungan dari laman web rasmi Etiqa, anda juga boleh mendapatkan pelan insurans ini menerusi platform pembaharuan insurans kenderaan terbesar di Malaysia, Bjak.

    Jika anda beli terus di laman web rasmi Etiqa, anda boleh:

    • Menerima rebat 10% dengan segera berserta NCD anda apabila renew online di website pengendali Takaful Etiqa
    • Renew takaful dalam hanya 3 langkah sahaja.

    Manakala jika anda dapatkan pelan Etiqa dari Bjak pula, anda boleh:

    • bandingkan juga dengan lebih 10 jenama insurans dan takaful lain dalam satu masa yang sama
    • Anda boleh renew insurans serta roadtax sekaligus dalam hanya 5 minit – anda tidak perlu lagi keluar untuk renew road tax pejabat pos atau renew roadtax MyEG, yang mana cara ini seterusnya boleh menjimatkan masa serta tenaga anda.
    • Peluang untuk bayar sehingga 12 kali ansuran dengan pelbagai pilihan Buy Now Pay Later yang ada 

    Jadi tunggu apa lagi? Ini mungkin waktu yang tepat untuk anda dapatkan perlindungan insurans kereta Etiqa bagi pembaharuan kali ini. Kata orang, cuba dulu baru tahu, kan?!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: