Untuk yang baru pertama kali membeli kereta, anda mungkin sudah tahu bahawa insurans kereta dan roadtax kenderaan akan perlu diperbaharui pada setiap tahun selepas ini. Namun, mungkin wujud kekeliruan mengenai perbezaan di antara insurans dan roadtax yang kadang-kala sedikit sukar untuk difahami.
Secara ringkasnya, insurans kenderaan sama ada kereta atau motor berfungsi untuk memberi perlindungan kepada pemiliknya jika berlaku kejadian tidak diingini seperti kemalangan, kecurian atau kebakaran pada kenderaan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada polisi apa yang anda miliki pada ketika itu.
* Biasanya untuk pemilik kereta baru (kenderaan berusia kurang 10 tahun dan dibeli dengan pinjaman bank), anda layak untuk membeli insurans dengan pelan komprehensif, justeru anda akan mendapat perlindungan-perlindungan di atas.
Selain itu, apa yang lebih penting adalah insurans kenderaan berfungsi untuk memberi perlindungan kepada pemilik kenderaan khususnya daripada tuntutan pihak ketiga jika terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada anda sendiri.
Berbeza dengan roadtax pula, ia merupakan sejenis cukai yang dikenakan ke atas setiap pemilik kenderaan bermotor di Malaysia sebelum kenderaan tersebut dibenar untuk digunakan di atas jalan raya.
Cukai yang dikenakan ini akan digunakan sebagai keperluan utama pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) untuk membaiki, membina dan menaik taraf jalan di negara ini.
Bila perlu renew insurans dan roadtax?
Yang pastinya anda perlu perbaharui insurans dan roadtax kenderaan anda sebelum tarikh ia tamat tempoh.
Namun, tempoh terbaik dan paling awal anda boleh perbaharui kedua-duanya adalah 2 bulan sebelum ia tamat tempoh.
Harga bagi insurans dan roadtax
Selain fungsinya yang berbeza, insurans dan roadtax kenderaan juga mengenakan harga yang berlainan.
Secara lazimnya, harga bagi insurans sama ada untuk kereta mahupun motosikal adalah lebih mahal, berbanding roadtax. Malah harganya juga berubah-ubah pada setiap tahun bergantung kepada pelan yang anda pilih nanti dan juga peratusan NCD insurans kereta yang dimiliki pada ketika itu.
Sebaliknya, roadtax kenderaan adalah lebih murah bahkan harganya juga tetap pada setiap tahun selagi anda memiliki jenis kenderaan yang sama.
Boleh ke renew roadtax tanpa insuran?
Untuk yang baru memiliki kereta, anda mungkin tertanya-tanya bolehkah jika renew roadtax tanpa insuran memandangkan harga untuk insurans adalah jauh lebih mahal berbanding roadtax.
Jawapannya adalah TIDAK ya.
Walau dalam apa keadaan sekalipun, anda sebagai pemilik kereta atau motosikal perlu memperbaharui dan memiliki insurans terlebih dahulu sebelum boleh renew roadtax bagi kenderaan anda itu.
“Ala, tapi yang kena tunjuk dekat roadblock nanti roadtax je, insurans tak tengok pun…”
Ya, anda memang boleh fikir dan menganggap ia seperti itu, namun peraturan telah menetapkan bahawa sebelum membolehkan mana-mana pemilik kenderaan memperbaharui roadtax, mereka perlu memiliki insurans yang sah terlebih dahulu.
Ini kerana ketika anda ingin renew roadtax nanti, sistem akan dapat mengenalpasti sama ada anda sudah memperbaharui insurans atau belum. Jika belum, pembaharuan roadtax anda tidak akan dapat diproses ya!
Walaupun anda merasakan harga insurans itu mahal (dan menyebabkan anda ralat untuk perbaharuinya), namun ketahuilah bahawa ia penting untuk melindungi anda sekiranya berlaku apa-apa kelak.
Renew insurans & roadtax sekaligus di platform Bjak
Jika anda masih belum kurang arif bagaimana untuk renew insurans dan roadtax, anda boleh sahaja gunakan platform Bjak. Kedua-dua insurans dan roadtax boleh diperbaharui secara sekaligus dalam hanya 5 minit sahaja.
Jangan risau, anda tidak perlu menyediakan sebarang dokumen, bahkan anda juga akan dibantu oleh pasukan khidmat pelanggan kami sekiranya buntu dan keliru untuk mendapatkan pelan yang terbaik.
Lagi best, polisi anda akan diaktifkan dalam hanya 5 minit sahaja dan roadtax anda juga akan dihantar terus ke rumah!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: