Skip to content
Home » Patut ke Setel Kemalangan Kereta Sendiri Tanpa Claim Insurans?

Patut ke Setel Kemalangan Kereta Sendiri Tanpa Claim Insurans?

    claim insurans kereta

    Memandu boleh jadi satu hobi yang menyeronokkan sekiranya kita tidak pernah terlibat dengan sebarang kejadian merbahaya seperti kemalangan. Namun, perasaan seronok itu boleh bertukar dalam sekelip mata apabila suatu hari kenderaan yang sedang dipandu kita, tiba-tiba telah dilanggar dari belakang oleh pemandu lain. Kemalangan itu tidaklah begitu besar. Sekadar kemek dan terdapat kesan calar sedikit sahaja. Jadi pihak yang melanggar itu mencadangkan agar kes itu diselesaikan sendiri sahaja tanpa perlu membuat claim insurans ke atas polisi insurans kereta miliknya.

    Jika anda berada di situasi mangsa, patutkah anda menerima cadangan penyelesaian tersebut? Jom teruskan membaca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenainya.

    Kenapa pihak yang melanggar mahu setel sendiri kemalangan kereta terbabit?

    Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang memungkinkan si pelanggar ingin selesaikan kes tanpa perlu membuat tuntutan insurans.

    i. Tiada/ lesen memandu expired

    Setiap pemandu kereta wajib untuk memiliki lesen memandu yang sah. Ketiadaan lesen memandu mungkin menyebabkan syarikat insurans tidak melayan / menolak tuntutan yang dikemukan di bawah polisi insuransnya. 

    Selain itu, lesen memandu yang telah tamat tempoh juga mungkin menyebabkan si pelanggar ingin menyelesaikan kes sendiri. Ini kerana apabila membabitkan urusan berkaitan tuntutan insurans, laporan polis perlu dilakukan terlebih dahulu oleh kedua-dua belah pihak bagi mengesahkan kejadian dan menentukan pihak yang bersalah.

    Jika si pelanggar gagal mengemukakan lesen memandu yang sah, maka dia secara tidak langsung akan dikenakan saman, iaitu memandu dengan lesen yang sudah tamat tempoh. 

    ii. Kos ganti rugi tidak begitu mahal

    Ada kemungkinan, kos kerosakan yang dialami kereta mangsa tidak mencecah hingga ribuan ringgit yang mana ia mampu ditanggung oleh si pelanggar.

    Jika tuntutan insurans dibuat ke atas polisinya, kerugian yang lebih besar mungkin perlu ditanggung kerana kadar NCD miliknya akan terjejas dan seterusnya harga insurans yang perlu dibayar nanti akan menjadi lebih mahal.

    iii. Ingin menjaga NCD

    Sesetengah pemilik kereta enggan membenarkan claim insurans dibuat di bawah polisi mereka kerana ingin menjaga peratusan NCD insurans kereta yang telah dikumpul.

    Apakah itu NCD?

    Untuk makluman anda, NCD merupakan sejenis diskaun insurans kenderaan yang ditawarkan oleh syarikat insurans kepada anda sekiranya tidak pernah membuat sebarang tuntutan sepanjang polisi berkuat kuasa.

    Apabila tiada tuntutan dilakukan, diskaun NCD tersebut juga secara tidak langsung akan semakin meningkat, yang seterusnya membantu mengurangkan premium insurans pemilik kenderaan.

    Berapakah kadar NCD kereta? Lihat jadual di bawah ini:

    Dalam kes ini, apabila pihak yang dilanggar ingin membuat tuntutan insurans di bawah polisi pihak yang melanggar, maka kadar NCD yang telah dikumpul oleh pihak yang melanggar itu akan kembali ke kadar 0% sebaik sahaja tuntutan diluluskan oleh syarikat insurans.

    Disebabkan itulah, si pelanggar sedaya upaya ingin menyelesaikan kes kemalangan tersebut tanpa membabitkan sebarang tuntutan insurans. Jika tidak, dia perlu membayar premium insurans pada harga yang tinggi semula pada tahun berikutnya kerana NCD kereta telah terjejas.

    Untuk pengetahuan anda, salah satu faktor utama yang akan menentukan premium insurans kereta adalah kadar NCD yang telah dikumpul ya. Semakin tinggi kadar NCD seseorang, semakin murah premium insurans yang perlu dibayar. Jadi disebabkan itulah setiap pemilik kenderaan ingin dan perlu menjaga kadar NCD sebaik mungkin. 

    Cara jaga NCD

    Bagi memastikan anda boleh menjaga kadar NCD anda, sila pastikan:

    • Anda sentiasa memandu dengan berhati-hati dan berhemah
    • Anda tidak terlibat dalam kemalangan dan menjadi punca kepada kemalangan tersebut
    • Anda mengambil perlindungan tambahan cermin kereta supaya tuntutan bagi membaiki cermin kereta yang telah rosak boleh dibuat tanpa perlu menjejaskan kadar NCD

    Perlu ke anda setuju untuk setel kemalangan sendiri tanpa claim insurans?

    Sebagai mangsa, anda boleh sahaja bersetuju dengan cadangan/ keinginan si pelanggar untuk selesaikan kemalangan tersebut tanpa membabitkan sebarang tuntutan insurans. Namun ingat, anda juga mungkin ada risiko untuk ditipu.

    Ini kerana si pelanggar mungkin akan menghilangkan diri tanpa membuat sebarang bayaran ganti rugi pun terhadap kereta anda yang telah dilanggar.

    Jadi untuk elak ditipu, sila pastikan anda ambil semua maklumat penting pemandu berkenaan. Ambil gambar:

    • Lokasi
    • Kejadian kemalangan
    • Gambar keadaan kedua-dua kereta yang terlibat
    • Nombor plat kenderaan pelanggar
    • Nombor telefon pelanggar
    • Gambar roadtax pelanggar
    • Gambar lesen memandu pelanggar

    Ini bagi memastikan anda dilengkapi dengan semua maklumat penting yang anda, justeru boleh mengambil tindakan dengan membuat laporan polis sekiranya pelanggar ingin cuba melarikan diri. 

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: