fbNoScript fbNoScript
bjak logo
EN
BM
中文
faq-pic

Soalan Lazim

Bagaimanakah caranya untuk saya perbaharui insurans kereta dan roadtax saya di BJAK?

Mudah sahaja! Anda hanya perlu ke laman rasmi kami iaitu di bjak.my dan kami akan bantu anda. Anda hanya perlu memberikan beberapa maklumat kepada kami iaitu nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran kenderaan, jenis kenderaan dan poskod.Kemudian kami akan menghantar satu email kepada anda berserta dengan senarai sebut harga untuk motosikal dan kereta bersama roadtax. Anda boleh pilih syarikat insurans atau takaful yang diingini and teruskan kepada proses pembayaran

Bagaimana caranya BJAK dapatkan perincian mengenai kenderaan dan insurans saya jika maklumat yang diberikan tidak lengkap ketika proses transaksi?

Kami akan mengesahkan semua maklumat dan perincian dengan JPJ. Jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, kami akan hubungi anda semula bagi mendapatkan maklumat yang tertinggal dan lengkapkan transaksi.

Sebutharga dari syarikat insurans yang manakah saya boleh dapatkan?

  • Takaful Malaysia
  • Pacific and Orient
  • Zurich Takaful
  • Liberty Insurance
  • MPI Generali
  • MSIG
  • Tokio Marine
  • Allianz
  • Lonpac Insurance
  • RHB Insurance
  • Etiqa Takaful
  • Great Eastern
  • AIA General Berhad
  • Apa yang perlu dilakukan jika saya terlupa tarikh luput roadtax saya?

    Jangan risau, kami di BJAK akan membuat semakan dan ingatkan anda semula!

    Siapa yang boleh menggunakan perkhidmatan ini?

    Semua kereta dan motosikal persendirian boleh menggunakan perkhidmatan ini.

    Apakah kelebihannya memperbaharui roadtax saya di BJAK.my?

    Dengan menggunakan BJAK, anda boleh perbaharui roadtax anda secara dalam talian sahaja. Perkhidmatan ini sememangnya sangat mudah, menjimatkan masa dan kos malah boleh diakses pada bila-bila masa. Perkhidmatan ini juga sesuai bagi motosikal.

    Adakah selamat jika saya perbaharui roadtax saya secara dalam talian?

    Ya, ia sememangnya selamat. Pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Bank Negara Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA).

    Apakah jenis kenderaan bagi roadtax yang saya boleh perbaharui secara dalam talian?

    Kami menawarkan kedua-dua perkhidmatan iaitu pembaharuan insurans dan roadtax untuk semua kenderan yang didaftarkan di bawah hak milik PERSENDIRIAN sahaja. Untuk kereta yang digunakan bagi kegunaan e-hailing, hanya perkhidmatan pembaharuan insurans disediakan.

    Bagaimanakah caranya untuk saya tahu sama ada transaksi yang dilakukan berjaya?

    Setiap transaksi yang berjaya akan diberikan resit e-perkhidmatan. Jika ada sebarang masalah atau keraguan mengenai servis ini, anda boleh terus hubungi kami.

    Apakah kaedah pembayaran yang ada?

  • VISA/Mastercard
  • FPX ( Maybank2U, CIMB Clicks, RHB Now dan lain-lain)
  • Bayaran secara tunai di 7-eleven
  • Pelan ansuran
  • Bolehkah saya perbaharui roadtax saya jika saya mempunyai saman trafik yang tertunggak dan banyak?

    Ketika proses pembaharuan, servis dalam talian JPJ akan membuat semakan saman yang tertunggak ataupun senarai hitam yang telah direkodkan di kedua-dua pangkalan data JPJ dan PDRM. Bagi meneruskan proses pembaharuan roadtax, anda perlu membayar semua saman tertunggak yang telah direkodkan terlebih dahulu.

    Bagaimanakah saya boleh dapatkan roadtax saya selepas selesai membuat pembayaran?

    Kami akan menghantar roadtax baharu anda terus ke rumah mengikut waktu yang dianggarkan.

  • Lembah Klang: RM20 (Akan dihantar pada hari bekerja berikutnya)
  • Semenanjung Malaysia: RM20 (Akan dihantar pada hari bekerja berikutnya)
  • Sabah & Sarawak: RM20 (Akan dihantar dalam tempoh 5 hari bekerja)
  • Bolehkah saya membuat lebih daripada satu pembaharuan roadtax pada masa yang sama?

    Ya, anda boleh perbaharui lebih daripada satu roadtax bagi pihak orang lain.

    Di manakah saya boleh lihat transaksi pembayaran saya?

    Sila periksa inbox email anda bagi transaksi pembayaran yang berjaya

    Apakah jenis caj yang dikenakan bagi pembaharuan roadtax secara dalam talian?

    Caj yang dikenakan adalah caj bagi roadtax dan juga caj penghantaran.

    Apa yang berlaku jika pembayaran saya ditolak?

    Terdapat beberapa kemungkinan jika pembayaran anda ditolak. Bergantung kepada situasi, masalah mungkin berlaku akibat daripada perkara berikut:

  • Kad kredit - Kerana status kad kredit yang memerlukan anda untuk merujuk ke bank pusat kad kredit anda bagi memastikan ia masih sah.
  • Gangguan sistem berkala – Kadang-kala sistem juga menjadi punca apabila berlakunya gangguan rangkaian atau keseluruhan sistem. Jika ia berlaku, cuba lakukan proses pembayaran sekali lagi.
  • Bolehkah saya dapatkan bayaran balik?

    Sila rujuk Terma dan Syarat mengenai polisi pembayaran balik kami.

    Adakah saya akan menerima resit selepas selesai pembayaran?

    Ya. Setiap transaksi yang berjaya akan diberikan resit e-perkhidmatan sebagai rujukan. Sila simpan resit tersebut bagi tujuan rujukan pada masa depan.

    Siapakah yang saya boleh hubungi untuk bantuan?

    Anda boleh hubungi kami di sini. Pasukan Khidmat Pelanggan kami beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 10 malam, kecuali pada cuti umum.

    Adakah perkhidmatan ini disediakan sepanjang masa?

    Ya, perkhidmatan berasaskan internet ini disediakan untuk tempoh 24 jam setiap hari.

    Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan jika berlaku sebarang kerosakan pada motor atau kereta saya?

  • AIA GENERAL BERHAD – 1800-88-8733 or 03-7989 0352
  • ALLIANZ – 1800-22-5542
  • ETIQA TAKAFUL – 1300-88-1007
  • IKHLAS – 1800-88-1186
  • LIBERTY – 1800-88-5005
  • LONPAC - 03-2262 8666
  • GREAT EASTERN - 1300-1300 88
  • MPI GENERALI - 03-2034 9888
  • MSIG – 1300-880-833
  • PACIFIC & ORIENT – 1800-88-2121
  • RHB – 1300-880-881
  • TAKAFUL MALAYSIA – 1800-888-788
  • ZURICH TAKAFUL – 1300-88-6222
  • CHUBB – 1800-88-0128
  • TUNE – 1800-22-8863
  • PACIFIC - 1800-88-4488
  • TOKIO MARINE - 1800-88-0812
  • KURNIA - 1800-88-3833
  • BERJAYA SOMPO - 1800-88-9933
  • Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan insurans kereta yang terbaik?

    Di BJAK, kami menyediakan anda senarai sebutharga daripada lebih 10 syarikat insurans yang diiktiraf dalam masa 5 minit. Anda boleh membuat sendiri perbandingan dan memilih pelan insurans kereta terbaik untuk anda.

    Caj Pengurusan Teknologi Insurans

    Bayaran yang dikenakan oleh BJAK untuk penggunaan platform termasuk kos penyelenggaraan perkhidmatan kepada pelbagai syarikat insurans dan penyelenggaraan tahap perkhidmatan oleh BJAK.

    Caj Perkhidmatan

    Bayaran yang dikenakan oleh saluran pembayaran (seperti Atome, GrabPay, ShopeePay, dan lain-lain) untuk penggunaan platform mereka dalam menjalankan transaksi.

    scroll up