Skip to content
Home » Beli Kereta Sambung Bayar – Apa Jadi Jika Nak Buat Claim Insurans?

Beli Kereta Sambung Bayar – Apa Jadi Jika Nak Buat Claim Insurans?

    kereta sambung bayar

    Pernahkah anda dengar mengenai kereta sambung bayar atau sambung bayar kereta? Apakah maksudnya?

    Sebenarnya kereta sambung bayar merupakan salah satu cara pemilik kereta menjual kenderaannya kepada pembeli tanpa membuat pindahan hak milik kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau membuat sebarang pinjaman dengan pihak bank.

    Biasanya keadaan ini berlaku di dalam kalangan ahli keluarga terdekat. Pemilik kereta mungkin sudah tidak mampu membayar tunggakan pinjaman bank yang ada dan kemudiannya memutuskan untuk ‘menyerahkan’ kereta tersebut kepada individu terdekat bagi mengelakkan nama disenarai hitam.

    Ini bermaksud, pembeli baru akan meneruskan bayaran ansuran kereta kepada pihak bank seperti biasa sehingga baki pinjaman langsai, mengikut surat perjanjian sambung bayar kereta yang telah dipersetujui di antara kedua-dua pihak. 

    Bagaimanapun, apabila melibatkan kereta yang disambung bayar, anda juga perlu ingat bahawa jika berlaku sesuatu pada kenderaan, ia masih di bawah tanggungjawab pemilik kereta. 

    Siapa perlu renew insurans kereta?

    Insurans bagi kereta tersebut tetap perlu diperbaharui pada setiap tahun bagi memastikan ia sah dipandu di atas jalan raya. Namun dalam hal ini, siapakah yang bertanggungjawab untuk memperbaharui insurans bagi kereta sambung bayar tersebut?

    Jawapan mudahnya adalah pengguna kereta tersebut (yang membeli kereta sambung bayar) perlu perbaharui sendiri insurans kereta berkenaan.

    Walaupun insurans kereta itu masih akan tertulis atas nama pemilik asal kereta oleh kerana proses tukar nama belum dilakukan, namun sebagai individu yang menggunakan kereta tersebut, maka dialah yang paling layak dan sepatutnya renew insurans keretanya.

    Bahkan pemilik kereta asal juga tidak ‘perlu hadir’ ketika ingin perbaharui insurans. Maka, ‘pemilik baru’ boleh sahaja renew insurans kereta sebagai wakil kepada pemilik asalnya.

    Bagaimana pula jika kemalangan berlaku? Siapakah yang perlu claim insurans

    Masalah mungkin akan timbul apabila terjadinya kemalangan sehingga memerlukan tuntutan insurans dibuat.

    Dalam situasi ini, siapakah yang bertanggungjawab untuk segala proses tuntutan nanti.

    Pertama sekali perlu anda tahu, setiap proses tuntutan insurans kereta memerlukan tandatangan daripada pemilik kereta. Ini kerana nama pemilik kereta asal masih tertulis di dalam polisi insurans. Ini juga bermakna, pemilik kereta asallah yang masih perlu memainkan peranan jika perlu membuat tuntutan insurans kereta nanti. 

    Bahkan, ada juga kemungkinan segala tuntutan berkaitan insurans kereta atau kos ganti rugi akan diberikan secara terus kepada pemilik asal kenderaan dan bukannya kepada anda.

    Apa jadi jika ‘pemilik’ baru memandu sehingga dikenakan saman?

    Mengikut undang-undang, kereta sambung bayar masih dianggap hak milik pemilik asal meskipun mungkin terdapat perjanjian yang telah dibuat di antara kedua-dua pihak.

    Jadi ini bermakna, sekiranya kenderaan tersebut dikenakan saman akibat kecuaian yang dilakukan pembeli kereta sambung bayar, pemilik asallah yang tetap perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Maksudnya di sini, pemilik asal perlu menanggung semua kos berkaitan saman polis kerana saman akan dikeluarkan ke atas nama pemilik kenderaan dan bukannya pemandu.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: