Skip to content
Home » Insurans Kereta Calculator: Fahami Cara Nak Kira Harga Premium Insurans Kereta Anda

Insurans Kereta Calculator: Fahami Cara Nak Kira Harga Premium Insurans Kereta Anda

    cara kira insurans - cover

    Insurans kereta adalah salah satu aspek penting yang wajib ada pada setiap kenderaan di Malaysia. Bagi memastikan kenderaan anda dilindungi daripada risiko dan anda terpaksa menanggung daripada perlu membayar kos pembaikan, adalah penting untuk memilih polisi insurans yang tepat dan sesuai dengan keperluan anda. Dengan perkembangan teknologi pada masa kini, terdapat satu mekanisme yang memudahkan pemilik kereta untuk mengira premium insurans mereka dengan lebih mudah. Mekanisme yang boleh digunakan adalah insurans kereta calculator.

    Apa itu insurans kereta calculator ini?

    Kalkulator insurans kereta ini adalah mekanisme yang ada di dalam talian yang membolehkan sesiapa sahaja untuk mengira anggaran premium insurans kereta mereka berdasarkan beberapa faktor tertentu. Faktor-faktor tersebut adalah model kereta, tahun pembuatan, nilai pasaran, dan rekod pemanduan. Kalkulator ini akan memberikan gambaran kasar berkenaan berapa banyak pemilik kereta perlu membayar untuk perlindungan insurans kereta mereka.

    Bagaimana nak gunakan kalkulator insurans kereta:

    1. Jenis kenderaan: Pilih jenis kenderaan anda, sama ada sedan, hatchback, SUV atau lain-lain.
    2. Model dan Tahun pembuatan: Isi maklumat mengenai model kereta dan tahun pembuatannya. Nilai pasaran kenderaan juga mungkin perlu dimasukkan.
    3. NCD (No Claims Discount: Nyatakan sekiranya anda mempunyai NCD. Ia boleh membantu mengurangkan kadar premium insurans anda.
    4. Rekod pemanduan: Isi maklumat mengenai rekod pemanduan anda, termasuk jumlah tuntutan insurans sebelum ini.

    Dekat mana nak guna kalkulator ini?

    Kalkulator ini sangat berguna jika anda mempunyai masalah kekangan bajet atau ingin membuat perancangan dari segi kewangan. Ia kerana anda setidaknya boleh ketepikan dahulu duit yang ada atau pun menabung terlebih dahulu sebelum sampai masanya untuk anda memperbaharui insurans anda.

    Kalkulator ini terdapat di pelbagai laman sesawang yang ada. Anda boleh pilih untuk menggunakan kalkulator ini di laman sesawang seperti berikut:

    • www.oto.my
    • www.fincrew.my
    • www.carbase.my
    • ww.etiqa.com.my
    • www.wapcar.my

    Kelebihan kalkulator insurans kereta

    1. Menjimatkan masa: Kalkulator ini membolehkan anda untuk mendapatkan anggaran kadar premium dalam masa yang singkat tanpa perlu berjumpa dengan ejen insurans secara langsung.
    2. Tak kira waktu: Boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Kalkulator ini membolehkan pemilik kereta untuk mengaksesnya pada waktu yang pemilik kereta mahukan.
    3. Banding pelan: Beberapa kalkulator insurans kereta juga membolehkan pemilik kereta membandingkan pelan insurans dari pelbagai syarikat, secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk membuat keputusan yang tepat.

    Kepentingan mendapatkan premium yang bersesuaian

    Pemilik kereta juga perlu faham bahawa nilai premium insuran kereta mereka bukan hanya bergantung pada jenis dan model kereta. Faktor seperti tempat kediaman, kegunaan kereta, dan faktor pemanduan juga turut mempengaruhi jumlah premium kereta mereka. Oleh itu, penggunaan kalkulator insurans kereta ini dapat memberikan pemilik kereta lebih banyak pengetahuan berkenaan faktor-faktor ini dan bagaimana ia boleh mempengaruhi kos insurans mereka.

    Secara kesimpulannya, kalkulator insurans kereta ini adalah suatu mekanisme yang amat berguna untuk pemilik kereta mendapatkan anggaran kadar premium insurans mereka secara mudah dan pantas. Selepas mengetahuinya, barulah boleh buat keputusan untuk beli pelan insurans yang bersesuaian. Namun, untuk mendapatkan pelan insurans bersesuaian ini sebenarnya tidak mudah. Tapi mujur perkara itu telah dimudahkan dengan hanya layari laman web Bjak. Ia kerana, Bjak telah pun siap membandingkan 18 jenama insurans untuk para pengguna pilih. Terdapat pelbagai harga, dari rendah hinggalah ke mahal bagi memudahkan pengguna membuat keputusan. Untuk butiran lanjut, layari Bjak.my.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: