Pengenalan
Bila beli insurans kereta, anda mungkin perasan ada bahagian & apa kepentingan “Named Driver” sebenar?. Ramai abaikan ruang ini, tapi sebenarnya ia boleh beri kesan besar pada tuntutan insurans nanti. Kalau anda biarkan kosong atau isi tanpa faham, boleh menyebabkan tuntutan ditolak bila kemalangan berlaku. Jadi, penting untuk tahu siapa itu named driver dan kenapa maklumat ini perlu dikemaskini dengan betul.
Apa Maksud “Named Driver”?
“Named driver” bermaksud individu lain yang dibenarkan memandu kereta anda dan dilindungi di bawah polisi insurans yang sama.
Contohnya, kalau anda pemilik kereta, tapi isteri atau anak juga kerap memandu, nama mereka boleh dimasukkan sebagai named driver. Ini bermaksud jika mereka terlibat dalam kemalangan, insurans tetap melindungi kereta dan pemandu tersebut.
Siapa Boleh Disenaraikan Sebagai Named Driver?
Kebanyakan syarikat insurans membenarkan anda menambah satu atau dua named driver tanpa caj tambahan. Antara yang biasa disenaraikan ialah:
- Pasangan suami atau isteri
- Anak dewasa yang tinggal serumah
- Ibu bapa atau adik-beradik terdekat
- Pemandu harian (contohnya pekerja syarikat atau pemandu keluarga)
Namun, elakkan masukkan individu yang jarang memandu atau bukan pengguna tetap, kerana ini boleh dianggap maklumat tidak tepat oleh pihak insurans.
Kenapa Named Driver Penting
Ramai anggap ini sekadar butiran tambahan, padahal ia boleh jadi penentu kelulusan tuntutan. Berikut sebabnya:
1. Elak Tuntutan Ditolak
Jika pemandu yang terlibat dalam kemalangan tidak disenaraikan sebagai named driver, sesetengah syarikat insurans boleh menolak tuntutan atau kurangkan jumlah bayaran pampasan.
2. Lindungi Pemandu Tetap
Menamakan pemandu tetap memastikan mereka dilindungi sepenuhnya, bukan sekadar sebagai pemandu sementara.
3. Kurangkan Risiko Penalti
Jika insurans dapati kenderaan dipandu oleh individu lain secara tetap tanpa dimaklumkan, polisi boleh dikenakan penalti atau disemak semula nilai premium.
4. Sesuai untuk Keluarga atau Syarikat
Bagi keluarga atau pemilik kenderaan syarikat, named driver membantu pastikan semua pengguna utama dilindungi, tanpa perlu beli polisi berasingan.
Cara Tambah Named Driver dalam Polisi
Proses tambah named driver agak mudah dan boleh dilakukan bila-bila masa sebelum pembaharuan polisi:
- Hubungi syarikat insurans atau platform seperti Bjak.
- Berikan butiran pemandu — nama penuh, nombor IC, dan nombor lesen.
- Tunggu pengesahan dan kemaskini polisi baharu (biasanya dalam masa 24 jam).
Sesetengah syarikat mungkin kenakan caj kecil untuk tambahan named driver, bergantung pada jumlah dan profil pemandu.
Kesan Jika Tidak Menyenaraikan Named Driver
Jika seseorang yang tidak disenaraikan sebagai pemandu tetap memandu dan terlibat kemalangan, beberapa risiko boleh berlaku:
- Pampasan dikurangkan (contohnya hanya separuh daripada jumlah penuh)
- Tuntutan ditolak sepenuhnya
- Kenaikan premium pada pembaharuan akan datang
Kes sebegini biasa berlaku bila anak atau ahli keluarga lain guna kereta tanpa nama mereka didaftarkan.
Penutup
Kepentingan named driver adalah langkah untuk melindungi bukan pemegang polisi sahaja tetapi untuk pemandu lain yang kongsi kenderaan. Pastikan semua pengguna tetap disenaraikan supaya tuntutan insurans tidak menghadapi masalah. Kalau nak semak atau kemas kini maklumat named driver, anda boleh lakukannya dengan mudah melalui Bjak, tanpa perlu ke pejabat insurans

Baca Juga:
Peranan Adjuster Dalam Tuntutan Insurans

