Skip to content
Home » MyEG Roadtax & Bjak – Renew Roadtax Cara Paling Mudah & Pantas!

MyEG Roadtax & Bjak – Renew Roadtax Cara Paling Mudah & Pantas!

    Salah satu rutin wajib yang perlu dilakukan oleh setiap pemilik kenderaan yang berdaftar di Malaysia pada setiap tahun adalah memperbaharui insurans dan roadtax. Kini, sudah banyak platform yang menyediakan khidmat pembaharuan roadtax secara online seperti MyEG dan juga tidak terkecuali, Bjak.

    Kedua-dua platform ini juga membolehkan anda untuk perbaharui insurans kereta sekaligus. Ia secara tidak langsung membantu pemilik kenderaan untuk mengaktifkan semula roadtax dan insurans dengan lebih pantas, mudah dan selamat.

    Untuk yang baru memiliki kenderaan, anda mungkin masih belum tahu atau pasti cara untuk renew roadtax kenderaan anda. Jadi, jom kami bantu kongsikan cara-cara untuk renew insurans serta roadtax di MyEG dan juga Bjak.

    Cara renew roadtax dan insurans di Bjak

    Diasaskan sejak 2019, Bjak kini merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar yang ada di Malaysia.

    Menerusi platform ini, anda boleh merasai pengalaman pembaharuan roadtax serta insurans paling mudah lancar tanpa sebarang tekanan daripada pihak ketiga dan lain-lain.

    Kenapa anda kena renew di Bjak?

    • 15 jenama insurans untuk dibandingkan 
    • Boleh renew insurans dan roadtax sekaligus
    • Polisi insurans aktif segera 
    • Anda mempunyai pilihan untuk dapatkan sticker roadtax atau hanya roadtax digital sahaja
    • Pelbagai kaedah pembayaran disediakan termasuk tunai, online, kad kredit dan juga ansuran
    • Buy Now Pay Later (bayar secara 3 kali ansuran tanpa sebarang caj faedah)
    • Penjimatan sehingga RM400 untuk insurans
    • Dijamin selamat

    Cara renew insurans di Bjak

    Berikut merupakan cara untuk memperbaharui roadtax dan insurans di Bjak:

    Cara renew insurans dan roadtax di Bjak
    Rajah 1: Cara renew insurans dan roadtax di Bjak

    NOTA: Caj bagi penghantaran sticker roadtax sebanyak RM20 akan dikenakan

    Cara renew roadtax dan insurans di MyEG

    Kini, anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk keluar semata-mata untuk memperbaharui roadtax kenderaan anda. 

    Platform MyEG dibangunkan untuk membantu anda memperbaharui roadtax, insurans dan lesen memandu secara atas talian yang mana secara tidak langsung bakal menjimatkan masa, wang dan tenaga anda. 

    Untuk makluman anda, MyEG merupakan pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (MSC) bagi aplikasi Elektronik Kerajaan (E-Kerajaan) Malaysia.

    MYEG telah membina, menjalankan, dan memiliki saluran elektronik untuk membekalkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada rakyat dan perniagaan Malaysia.

    Selain untuk pembaharuan roadtax, insurans dan lesen memandu, MyEG juga menyediakan perkhidmatan berikut untuk rakyat Malaysia:

    • Semakan dan pembayaran saman JPJ & PDRM
    • Pembayaran zakat
    • Semakan status bankrap
    • Semakan status pembantu rumah

    Berikut merupakan cara untuk memperbaharui roadtax dan insurans di MyEG:

    Cara renew insurans dan roadtax di MyEG
    Rajah 2: Cara renew insurans dan roadtax di MyEG

    Kelebihan renew insurans dan roadtax di MyEG

    • Boleh membuat perbandingan dengan pelbagai jenama insurans dan takaful yang diiktiraf
    • Urusan selesai dalam hanya 5 minit
    • Dijamin selamat

    NOTA: Caj bagi penghantaran sticker roadtax akan dikenakan

    Mana lebih bagus? Renew insurans dan roadtax di MyEG atau Bjak?

    Setiap platform mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Apa pun sebagai pengguna, anda pilihlah platform yang dirasakan akan dapat membantu anda perbaharui insurans dan roadtax kenderaan dengan cara paling mudah, jimat, pantas dan selamat!

    Yang penting, pastikan insurans dan roadtax kenderaan anda aktif sepanjang masa. Barulah anda rasa lebih selamat dan yakin ketika sedang memandu!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: