Skip to content
Home » Renew Roadtax MyEG – Apa Anda Perlu Tahu?

Renew Roadtax MyEG – Apa Anda Perlu Tahu?

    Pembaharuan roadtax boleh dilakukan dengan sangat mudah baik secara atas talian (online) ataupun secara fizikal (offline). Selain renew road tax Pejabat Pos (iaitu secara offline), ada juga yang gemar untuk renew roadtax MyEG buat kenderaan mereka pada hari ini. 

    Jika sebelum ini Bjak sudah kongsikan kepada anda mengenai pembaharuan roadtax di Pejabat Pos, kali ini kami akan kongsikan pula kepada anda mengenai cara renew roadtax di MyEG untuk kereta atau motosikal anda, yang mungkin anda perlu tahu. 

    Renew roadtax di MyEG

    Untuk makluman anda, MyEG merupakan pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (MSC) bagi aplikasi Elektronik Kerajaan (E-Kerajaan) Malaysia.

    MyEG telah membina, menjalankan, dan memiliki saluran elektronik untuk membekalkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada rakyat dan perniagaan Malaysia.

    Selain untuk pembaharuan roadtax, insurans dan lesen memandu, MyEG juga menyediakan perkhidmatan berikut untuk rakyat Malaysia:

    • Semakan dan pembayaran saman JPJ & PDRM
    • Pembayaran zakat
    • Semakan status bankrap
    • Semakan status pembantu rumah

    Bagi servis pembaharuan insurans dan roadtax, untuk makluman anda, MyEG menyediakan servis ini secara fizikal dan juga atas talian.

    Secara fizikal (offline)

    Jika anda kurang gemar untuk melakukan pembaharuan roadtax dan insurans secara atas talian, maka anda boleh mengunjungi mana-mana kiosk/ cawangan/ kaunter MyEG untuk mengaktifkan semula kedua-dua dokumen tersebut. 

    Secara atas talian (online) 

    Jika anda inginkan lebih keselesaan dalam mendapatkan insurans serta roadtax, maka anda boleh mempertimbangkan untuk renew roadtax secara atas talian menerusi laman web MyEG. 

    Berikut merupakan cara untuk anda perbaharui roadtax dan insurans di platform online MyEG:

    cara renew roadtax di MyEG

    Kelebihan renew roadtax di MyEG

    Sama seperti di platform-platform pembaharuan insurans dan roadtax yang lain, terdapat juga beberapa kelebihan jika anda perbaharuinya di MyEG. Antaranya termasuklah:

    • Boleh membuat perbandingan insurans dengan pelbagai jenama lain yang terkemuka, contohnya insurans Etiqa kereta dan banyak lagi
    • Urusan boleh selesai dalam hanya 5 minit
    • Dijamin selamat. 

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: